Semua manusia memiliki kehidupan lampau yang tersendiri. Sama juga seperti bintang popular. Biarpun dengan kekeyaan dan kemahsyuran yang mereka pamerkan menerusi lensa kamera, tiada apa yang mustahil dan pastinya sebelum mengecapi kejayaan, kita perlu bermula dari bawah betul tak?
Justeru ini Wanista kongsikan 8 bintang yang pernah bergelar penari bogek suatu ketika dahulu.
#1 Chris Pratt
Dalam sebuah temu bual yang dianjurkan Buzzfeed pada 2015, beliau sendiri mengaku yang dia suka berbogel.
“Saya adalah insan yang suka berbogel. Saya terasa bebas dan dari situ saya mula dapat idea untuk menjadikannya sebagai pekerjaan. Sekurang-kurangnya saya dibayar”.

Chris pernah berkongsi yang dia membuat duit lebih 40$ setiap kali dia berbogel dan pernah berkhidmat untuk beberaoa kelab malam ternama. Menurut Chris lagi, untuk pendapatkan pekerjaan itu, dia perlu menjalani beberapa siri ujibakat.
#2 Lady Gaga
Penyanyi jelita ini berkata dia buatlebihi banyak wang dengan menjadi penari bogel berbanding menjadi seorang pelayan di restoran.

Menurutnya, dia bukanlah penari bogel yang tegar, dia masih berpakaian cuba lebih kepada seorang penari ghairah berkostum (Burlesque). “Saya berasal dari keluarga orang Eropah jadi bukanlah sesuatu yang pelik untuk melakukan kerja itu”.
#3 Brad Pitt
Semasa belajardi Universiti, Brad menyertai kumpulan tarian dipanggil “Dancing Bares”. Cerita ini dibocorkan sendiri oleh teman baiknya yang juga ahli kumpulan itu.

Sebuah parti akan dianjurkan untuk setiap gadis dari pertubuhan ‘sorority’ yang menyambut ulang tahun ke-21 dan adalah merupakan tanggungjawab kumpulan “Dancing Bares” menari tarian bogel untuk gadis-gadis ini pada acara tersebut.
#4 Blac Chyna
Kamu kenal bintang yang pernah bergelar isteri kepada Rob Kardashian ini? Beliau merupakan bekas penari bogel profesional dii sebuah kelab malam ternama di Miami, “King Diamonds” yang khas untuk pengunjung lelaki sahaja.

Blac Chyna mengaku yang dia seronok melakukan pekerjaan itu bahkan jika dia tidak popular bergelar bintang rapper ketika ini, dia mungkin masih seorang penari bogel.
#5 Channing Tatum
Dengan badan yang sasa serta wajah yang tampan, siapa sangka Channing pernah bekerja sebagai penari bogel?

Khabarnya, Channing mempunyai nama timangan yang digelarkan oleh beberapa pelanggan wanitanya sebagai Chan Crawford. Beliau adalah penari bogel ternama yang sering dilanggan sekitar zaman 90an dahulu. WOW!
#6 Amber Rose
Semasa temu bual bersama majalah Cosmopolitan sekitar 2015 dulu, Amber mengaku yang dia pernah menjadi penari bogel ketika usianya baru 18 tahun.

“Itu adalah pencapaian hidup saya yang tertinggi saya rasa!”. Amber juga berkata dia sangat seronok dan rakan-rakannya yang turut sama bekerja dengannya sebagai penari bogel dahulu juga sangat hebat, tambahnya.
“Saya rasa saya sangat cantik dan hebat bila berada di pentas tarian.”
#7 Carmen Electra
Sebelum menjadi popular dan dikenali ramai menerusi filem Baywatch, Carmen adalah seorang penari bogel.

Sebab itulah kalau kamu perasan, Carmen penah mengeluarkan rangkaian produknya sendiri diberi nama PEEKABOO, iaitu sebuah kit bagi pengguna yang gemar dan mahu belajar tarian tiang (pole dancing).
#8 Azealia Banks
Pada usia 20 tahun, Azealia pernah bekerja di kedai cenderamata dalam sebuah kelab jazz. Bukan itu sahaja, beliau juga menari untuk beberapa persembahan yang dianjurkan.
Menurutnya, tarian bogel adalah sesuatu yang positif kerana ia boleh dianggap sebagai senaman yang mempromosikan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama nampak seksi juga. “Saya memang gemarkan kehidupan larut malam, suka minum (alkohol), berpakaian cantik dan kemudian berparti… sangat seronok!”, tambahnya.

Macam tak percaya pula mereka ini semua bekas penari bogel kan? Untung masing-masing dah popular sekarang, tak perlu bertelanjang lagi untuk mendapatkan sesuap nasi.
The post OMG! 8 Selebriti Pernah Jadi Penari Bogel Sebelum Bergelar Bintang Popular appeared first on Wanista.com.