Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Caitlyn Jenner Bakal Kahwin Dengan Wanita Jadian Sepertinya?!

$
0
0

Pada mulanya penulis tidak hairan bila dengar Caitlyn Jenner kini bercinta dengan pasangan baru, tapi selang beberapa tika penulis terkejut kerana bapa kepada Kendall dan Kylie ini rupanya berhubungan dengan wanita jadian sepertinya juga! 

Caitlyn dan teman wanitanya, Sophia Hutchins kerap dilihat bersama dalam kepingan gambar paparazzi. Kini mereka bercadang untuk tinggal bersama dan sekaligus menyambut Hari Natal sebagai pasangan kekasih.

Jika anda terkejut dengan pendedahan jantina Sophia Hutchins, bersedia untuk dengan kejutan kedua.

Pasangan ini mempunyai jarak umur 47 tahun beza!

Foto – SMXRF/Star Max/GC Images

Bayangkan Sophia Hutchins baru sahaja berusia 21 tahun dan sedang menuntut pelajaran di sebuah kolej sekitar Malibu. Yes, sama umur dengan Kendall Jenner! Sophia yang juga wanita transgender melakukan pembedahan tukar jantina selepas yakin mendapat inspirasi dari perubahan Caitlyn.

Sophia dulu dikenali sebagai Scott – Radar Online

Sumber melaporkan pasangan ini baru sahaja berkenalan setahun yang lalu di Mexico. Mereka kelihatan sangat menyayangi satu sama lain dan Caitlyn juga mengharapkan kasih sayang dari kekasih barunya selepas tidak dipedulikan lagi oleh keluarga popularnya Kardashian-Jenner. 

Sehingga kini tiada apa-apa lagi berita reaksi dari bekas isteri Caitlyn yakni Kris Jenner dan dua anak mereka. Apa yang dibisikkan ialah mereka sudah cukup menyampah dengan ‘sampah’ yang dibuat oleh Caitlyn.

Foto – Mirror

Apa pendapat anda dengan kisah ini? Bagi penulis cukup memeningkan terutamanya bab jantina mereka. Keduanya lelaki kemudian berubah menjadi wanita dan bercinta. Hmmmm….

SUMBER 1 & 2  

The post Caitlyn Jenner Bakal Kahwin Dengan Wanita Jadian Sepertinya?! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles