Penulis merupakan peminat kepada genre seram, misteri, lagi-lagi kisah-kisah zombi. Pada penulis genre sebegitu terasa lebih mencemaskan, mendebarkan yang membuatkan diri terasa tidak sabar dan teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Anda sependapat dengan penulis? Berbanding genre lain khususnya romantik yang kadangkala terasa bosan, lemau, dan di takuk lama.
Bagi peminat filem Train To Busan, siri The Walking Dead yang menjerumus ke kisah zombi, Wanista gugat adrenalin dengan seleksi filem/drama yang sewaktu dengannya.
5…4…3…2…
Kingdom
Mula tayangan perdana pada 25 Januari, drama dari Korea ini terusan mendapat sambutan luar biasa serata dunia malah mengumpul peminat tersendiri. Berdasarkan komik web, Kingdom of the Gods yang ditulis oleh Kim-Eun Hee, Kingdom menterjemahkan zaman Joseon (abad pertengahan) Korea, menceritakan putera mahkota mengetuai misi untuk menyiasat wabak hitam yang telah menghancurkan negaranya.
Oleh kerana terdapat hanya enam episod dalam siri pertama, penonton teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada putera mahkota untuk menyelamatkan negaranya yang diserang zombi.
Siaran : Netflix
Masa : 6 episod sekitar 50 minit
Santa Clarita Diet
Tidak mengetengahkan elemen drama, tapi Santa Clarita Diet lebih kepada sebuah sitkom yang mencuit hati. Tapi… masih ada unsur suspen dan mengejutkan.
Dua ejen hartanah berkahwin di Santa Clarita, California, hidup dalam keadaan yang selesa dengan anak perempaun dan teman kejiranan sehinggalah si isteri berubah menjadi zombi dan ketagihkan daging manusia. Si isteri dimainkan oleh aktres Drew Barrymore, jadi anda mengetahui cara lakonannya sangat bersahaja dan kelakar.
Anda kena tonton kerana Santa Clarita Diet langsung tidak mengecewakan… yang kelakar bila si isteri ingin memburu manusia, pelbagai perkara berlaku.
Siaran : Netflix
Masa : Sekitar 20 minit untuk setiap episod
Cargo
Satu virus yang membuatkan manusia menjadi zombi memusnahkan sebahagian besar penduduk dunia. Pasangan suami isteri cuba bertahan dengan bayi mereka yang baru latir tetapi isteri terlebih dahulu telah dijangkiti. Virus mengambil masa 48 jam untuk tahan, jadi lelaki tersebut perlu mencari tempat baru bagi menyelamatkan anak kecil dengan cepat sebelum dia juga berubah manjado zombi.
Filem yang memulakan siaran pada tahun lalu, terusan mendapat ulasan yang positif. Jika anda berpuas hati dengan jalan cerita yang mengambil masa kurang dari dua jam, Cargo adalah pilihan terhebat. Sediakan tisu kerana ada elemen sentimental.
Siaran : Netflix
Masa : 1 jam 44 minit
The Rain
Satu wabak mula menular melalui hujan menyebabkan jumlah kematian berleluasa di kawasan Scandinavia. Beberapa mangsa yang terselamat kemudian perlu membina masyarkat pasca pasca apokaliptik, seperti “The Walking Dead.” Terdapat perjuangan kuasa ganas dan puak-puak yang berperang, para penyelamat yang secara tidak sengaja dijangkiti mesti dibunuh dengan kejam.
Secara keseluruhan, fiksyen The Rain lebih kurang sama seperti The Walking Dead. Sangat menarik untuk ditonton.
Siaran : Netflix
Masa : Sekitar 45 minit untuk setiap episod
Penulis baru selesai tonton Kingdom, serius drama Korea paling best setakat ini. Penulis beri ★★★★★
The post 5 Filem/Drama Wajib Tonton Kalau Suka Kisah Zombie… Semua Best! appeared first on Wanista.com.