Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

5 Sebab Meremang Korang Perlu Tonton Filem Aladdin Versi Manusia Mei Ini

$
0
0

Selepas trailer Disney Lion King yang buat ramai orang tercengang, sejak semalam, ramai pula netizen bergosip tentang tayangan trailer rasmi bagi satu lagi filem remake Disney yang berlatarkan lagenda seribu satu malam, Aladdin. Menurut sumber, ramai yang terkejut melihat pemeganga watak “Genie” yang begitu mengancam!

Bakal ditayangkan sekitar penghujung Mei nanti, filem remake Aladdin versi manusia ini menampilkan pembaharuan yang lebih segar dari segi pemilihan pelakon yang terdiri daripada pelbagai latar belakang malah, sinematografi yang bakal dipaparkan turut kelihatan lebih realistik sambil berlatarkan kota Baghdad awal abad ke-20.

Sumber: Entertainment Weekly

Seperti yang kita semua tahu, Aladdin menceritakan tentang kisah seorang pencuri yang bermaharajalela di sekitar daerah dalam kota Baghdad dipanggil Agrabah. Selain berkawan dengan jin setelah menemui sebuah lampu wasiat, dia juga berpeluang meminta 3 hajat sebelum bisa bertemu si tuan puteri yang menawan dikenali sebagai Princess Jasmine.

Menurut sumber, Aladdin versi manusia ini akan menampilkan lebih banyak aksi lasak yang dilakukan hero Mena Massoud (Aladdin) di samping gadingan hangat bersama Naomi Scott (Princess Jasmine), Will Smith (Genie) dan Marwan Kenzari (Jafar). 

Tonton Trailer Istimewa Filem Disney Aladdin 2019

 Menurut Wanista, ini lima sebab teruja mengapa kamu semua perlu meluangkan masa untuk ke panggung menonton Disney Aladdin!

#1 Will Smith Jadi Geenie, Biru Habis!

Sebagai bintang A-list Hollywood, kita biasa melihat Will Smith berpakaian kemas sekurang-kurang segak menggayakan tuksedo untuk membuat penampilan di majlis-majlis anugerah berprestij mahupun karpet merah. Siapa sangka, sebaik trailer rasmi Disney Aladdin 2019 dilancarkan, netizen naik terkejut dengan penampilan Will Smith yang gondol licin dan boleh dikatakan separuh bogel dan berlumuran cat biru! Kelakar pun ada, pelik pun ada.

Namun apa yang penting, Will Smith memang berani membawa watak yang berlainan kali ini apabila mampu menukar dirinya menjadi Genie dalam Disney Aladdin versi manusia.

Sumber: Instagram

#2 Princess Jasmine Berbaju Merah?

Jika filem animasi Disney Aladdin cuma menampilkan Puteri Jasmine dalam persalinan ala punjabi berona biru kehijauan, nampaknya karakternya dalam filem versi manusia yang dibawakan aktres jelita Naomi Scott ini boleh dianggap fashionista.

Sumber: Instagram

Dalam sebuah poster yang tersebar, Princess Jasmine dilihat mengenakan persalinan mewah rona merah bahkan dalam sebuah babak yang ditonjolkan dalam trailer terbaru, Princess Jasmine turut dilihat menggayakan dress berprincian yang menggabungkan palet menonjol seperti indigo dan merah jambu di mana menurut Wanista, dia kelihatan sangat cantik!

Sumber: Entertainment Weekly

#3 Diramal Bakal Jadi Box Office

Melihatkan barisan pelakon yang bukan calang-calang serta bajet pembikinan filemnya yang pastinya besar, Disney Aladdin 2019 diramal bakal menjadi filem Box Office yang mampu berdiri sama dnegna filem remake Disney yang lain termasuklah Beauty and the Beast 2017. Kalau kamu nak tahu, sebahagian penggambaran filem ini dilakukan di padang pasir Wadi Rum dekat Jordan.

#4 Babak Penuh Warna-Warni!

Seperti yang kita semua jelas, jika latar filemnya berdasarkan kehidupan gah zaman dahulu kala sekitar negara timur tengah, pasti set yang digunakan untuk pembikinan filem ini semuanya warna-warni belaka! Meskipun dalam trailer hanya memaparkan waktu malam yang kelam semata, Disney Aladdin 2019 menjanjikan kepelbagaian unik yang tidak buat kamu bosan sepanjang menonton!

Sumber: Entertainment Weekly

#5 Lihat Mena Massoud Jadi “Stuntman”

Sebagai seorang pelakon yang berketurunan arab yang khabarnya berasal dari Mesir, Mena Massoud sememangnya memiliki rupa paras yang kacak meskipun dalam dunia sebenar beliau tampak lebih maskulin dengan adanya jambang. Namun untuk penampilan istimewanya sebagai hero dalam Disney Aladdin, dia terpaksa mencukur bersih wajahnya agar lebih mirip dengan karakter dan versi animasi namun apa yang menarik, segala gerakan aksi lasak (stunt) dalam filem ini semuanya dilakukan sendiri olehnya. Hebat tak?

Sumber: Entertainment Weekly

Buat masa ini, tarikh tayangan Disney Aladdin di Malaysia masih belum disahkan namun berpandukan pada portal [cinema.com.my], filem ajaib itu akan mula ditayang pada tanggal 23 Mei 2019.

Selamat berhibur! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

The post 5 Sebab Meremang Korang Perlu Tonton Filem Aladdin Versi Manusia Mei Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583