Sekitar acara anugerah berprestij Oscars 2019 awal minggu baru-baru ini, antara yang paling menarik perhatian netizen adalah kesinambungan persembahan nyanyian antara Lady Gaga dan aktor Bradley Cooper.
Menurut komen orang ramai, persembahan itu mampu menambat hati penonton kerana keintiman yang berjaya digambar dan disampaikan pasangan itu meskipun pada dunia realitinya mereka cuma sahabat selebriti semata.
Tonton Persembahan Nyanyian “Shallow” Oleh Lady Gaga & Bradley Cooper
Namun, kisah sensasi itu bertambah panas apabila masuk pula cerita tentang reaksi teman wanita Bradley Cooper iaitu supemodel Irina Shayk -yang kata sumber sebenarnya “bermuka-muka” terhadap Lady Gaga.
Ini semua gara-gara ada khabar angin mengatakan bahawa Lady Gaga dan aktor kacak Amerika berusia 44 tahun itu sedang bercinta dalam diam. Betul ke Bradley Cooper main kayu tiga?

Menurut laporan Cosmopolitan, sejak persembahan epik “Shallow” di Oscars, jelas kelihatan menerusi klip televisyen yang kedua-dua mereka (Lady Gaga dan Irina Shayk) seperti baik-baik sahaja, tetapi netizen telah menemukan beberapa bukti yang menguatkan fakta bahawa hubungan kedua-dua wanita itu sebenarnya jauh bermasalah.
Lebih mengejutkan, sumber turut menegaskan bahawa Irina Shayk telah “unfollow” Lady Gaga di Instagram kerana sangsi ekoran gosip hubungan sulit teman lelakinya dengan pelantun lagu “Pocker Face” itu.

Sememangnya ada sesuatu yang sedang berlaku antara mereka ini, cuma mungkin Irina Shayk dan Lady Gaga sebaik mungkin tidak mahu perkara ini diketahui orang. Nasib baik tak ada adegan “tarik-tarik rambut” di Oscars kelmarin kan?
Terdahulu, spekulasi hubungan sulit antara Lady Gaga dan Bradley Cooper mula menjadi buah mulut netizen saat mereka menghadiri acara Venice International Film Festival ke-75 bersama sekitar tahun lalu.
Walau bagaimana pun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan balas daripada mana-mana pihak baik Irina Shayk, Bradley Cooper mahupun Lady Gaga sendiri.
The post Hanya Kerana Persembahan Oscars, Teman Wanita Bradley Cooper “Unfollow” Lady Gaga Di IG appeared first on Wanista.com.