Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Rentetan Cinta Liar Naomi Campbell – Liam Payne

$
0
0

Penulis suka betul mengikuti perkembangan kerjaya dan kehidupan supermodel sensasi, Naomi Campbell. Sejak kecil lagi penulis mengidam untuk bertemu dengan beliau. Ini kerana penulis suka lagak beliau yang selamba dan tegas dalam mengejar impian dan cita-cita. Walaupun hampir menjejak umur 50 tahun tapi Naomi masih lagi aktif dalam berkecimpung dalam dunia modelling. Tiada satu saat beliau hilang dalam radar arus perfesyenan dan kecantikan. 

Namun penulis sedikit terkejut apabila mendengar satu gossip dimana Naomi sedang hangat main asmara dengan penyanyi Liam Payne. Ya, Liam Payne yang baru sahaja berusia 26 tahun dan mempunyai seorang anak hasil hubungan cinta lalu bersama penyanyi Cheryl Cole. 

Putus..Liam Payne dan Cheryl Cole bertahan dua tahun sahaja. Foto – Insider

Jika dahulu Liam memilih pasangan jarak usia 10 tahun tapi kini lebih jauh iaitu 23 tahun!

Kalau anda rasa ini hanya khabar angin, anda silap kerana mereka dua semakin rancak berbalas flirty comment diruangan akaun Instagram masing-masing. 

Foto – Metro

Penulis pula berasa janggal dengan pilihan baru Naomi Campbell. Iyalah senarai teman lelaki beliau sebelum ini bukan calang-calang antaranya ialah Vladislav Doronin, jutawan Russia dan Andres Balazs jutawan hotel selebihnya ialah aktor dan penyanyi berduit semuanya. 

Bersama Vladimir Doronin selama lima tahun sebelum dirampas oleh protege sendiri. Foto – Zimbio

Media mula menghidu bau romantis diantara Naomi dan Liam bila mereka mula berhubung melalui media sosial sebelum berjumpa di majlis makan malam di Ghana. Malah paparazzi juga berjaya merakam kelibat Liam yang keluar masuk dari apartment milik supermodel berusia 49 tahun itu. Sehingga kini hubungan mereka masih belum dijelaskan secara umum samada ia serius atau hanya untuk suka-suka.

Foto – Lipstick Alley

Menurut dari Mirror, sumber dalam memberitahu Naomi tidak mahu Liam terlalu ‘dekat’ dengannya kerana beliau tidak berminat untuk menjadikan ia hubungan serius. 

Foto – Gifer

Hubungan ini baru sahaja berusia dua bulan, kita tunggu dan lihat sahaja sampai kemana Naomi dan Liam. 

Timbul pula satu persoalan, agaknya kenapa Liam begitu tertarik dengan wanita berusia?

Foto – Express & Star

SUMBER 1, 2 & 3

The post Rentetan Cinta Liar Naomi Campbell – Liam Payne appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583