Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Cantik Betul Anak Dara Mendiang Sridevi, Janhvi Kapoor Dan Khushi Kapoor

$
0
0

Tahun lepas peminat filem Bollywood dikejutkan dengan kematian aktres Sridevi. Beliau disahkan mati kerana lemas dalam tab mandi biliknya hotelnya di Dubai sewaktu dalam rangka bagi menghadiri perkahwinan anak saudaranya di sana.

Baca : Terkini! Punca Kematian Sridevi Rupanya Sebab Mati Lemas Dalam Tab Mandi

Beliau meninggalkan suaminya, Boney dan dua orang anak perempuan yang sudah meningkat dewasa. Salah satu daripada adik-beradik Bollywood yang paling hangat dibicarakan buat masa ini, tentu saja Janhvi Kapoor dan Khushi Kapoor, yang sering menjadi pilihan muka depan majalah di India.

Kenali Janhvi & Khushi…

Janhvi dan Khushi Kapoor mencuri perhatian media dan paparazzi India, bahkan ke mana sahaja mereka pergi, jurugambar pasti akan merakamkan momen – kehidupan mereka tak ubah seperti Jenner dan Hadid. Paparazzi menyukai mereka, lebih-lebih lagi wajah keduanya saling tak tumpah seperti ibu tercinta, Sridevi yang suatu masa dahulu pernah diangkat sebagai salah seorang wanita paling cantik di India.

View this post on Instagram

👯‍♀️ #voguebffs

A post shared by Janhvi Kapoor (@janhvikapoor) on

Mengikuti jejak langkah ibu bapa, Janhvi, 22, tidak melepaskan peluang menceburi bidang lakonan apabila debut di Bollywood menerusi filem Dhadak bersama Ishaan Khattar pada Julai 2018. Tidak hanya berbekalkan ‘kabel’ dan rupa paras menawan semata-mata, Janhvi terlebih dahulu mendapatkan kemahiran lakonan di Institut Lee Strasberg Theatre & Film, Los Angeles.

Bagi Khushi, 18, dia lebih gemar berada di belakang kamera dan menyokong perjalanan seni kakaknya. Bercakap pada Vogue India, Khushi mendedahkan bahawa dia kini obsesi dengan tatu dan mempunyai sejumlah tiga tatu berbeza. Ibunya, Sridevi sendiri tidak menyukai minatnya terhadap tatu. Bagi Janhvi pula, dia tidak menggemari tatu bahkan mengakui takut untuk mendapatkannya.

View this post on Instagram

My beautiful babyyy 😍💗💗🦋 @khushi05k

A post shared by Janhvi Kapoor / Khushi Kapoor (@janhviandkhushi) on

Cantik betul anak dara Sridevi ni… Dua-dua menarik!

The post Cantik Betul Anak Dara Mendiang Sridevi, Janhvi Kapoor Dan Khushi Kapoor appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583