Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

#BBMAs : Peminat Busuk Hati Tuduh Taylor Swift Tiru Persembahan Beyonce

$
0
0

Billboard Music Awards sudah melabuhkan tirainya.

Tahniah buat para pemenang, yang kalah mungkin tahun ini bukan rezeki anda lagi… Cuba lagi tahun depan!

Mengikuti setiap persembahan Billboard Music Awards, persembahan pembukaan dari penyanyi hebat Taylor Swift boleh dikatakan paling hebat dengan penuh warna-warni diiringi kumpulan pancaragam, gamat bak sebuah pesta keramaian. Yang pasti cukup menghiburkan penonton bukan sahaja di auditorium malah di rumah juga. Tapi sayangnya ada tempelak kontroversi melanda. Rata-rata peminat Beyonce mempertikaikan persembahan penyanyi 29 tahun ini yang dikatakan meniru konsep penyanyi pujaan mereka.

Foto – Getty

Betul Ke Taylor Swift Tiru Beyonce?

Taylor membuka persembahan dengan barisan pancaragam lelaki yang memakai persalinan merah jambu, bahkan drum juga dari rona yang sama. Konsept tersebut dikatakan menyerupai Beyonce yang melakukan persembahan pembukaan di Coachella Music Festival tahun lepas. Beyonce juga menggunakan khidmat pancaragam untuk membuka persembahan memukaunya, cuma Beyonce tampil lebih edgy dan bold walhal Taylor lebih kepada riang-ria dan fun.

Foto – Getty

Hanya kerana elemen yang sama, terus peminat Beyonce yang kurang matang menghentam Taylor Swift dengan kata-kata sumbang dan berbaur dengki.

Ini antara kata-kata media di media sosial;

“Someone kindly tell Taylor Swift, she will never be Beyoncé. Please stop biting… it’s embarrassing”

“So basically Taylor Swift just totally copied Beyonce’s homecoming intro..”

“Taylor, imma let you finish, but Beyoncé had the best drum line of all time.”

Kebanyakan yang menghentam merupakan puak-puak dari golongan kulit hitam, yang selalu merasakan mereka… Kenapa perlu ada rasa busuk hati, mungkin Taylor Swift mengagumi persembahan Beyonce dan mengambilnya sebagai inspirasi juga sumber.

Persembahan Taylor Swift bersama Brendon Urie paling hebat di Billboard Music Awards. Foto – Getty

Bersihkan hati yang kotorJust enjoy the show!

RUJUKAN

The post #BBMAs : Peminat Busuk Hati Tuduh Taylor Swift Tiru Persembahan Beyonce appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles