Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Melopong Tengok Rumah Sewa Rihanna Harga Puluhan Ribu Seminggu Di London

$
0
0

Siapa sangka sudah setahun diva Rihanna menetap di London secara rahsia.

Memilih mendiami sebuah rumah agam yang sewanya £16,000 seminggu di London, Rihanna dilaporkan sudah tinggal selama setahun. Hal ini selepas pengasas kosmetik Fenty Beauty secara ringkas mendedahkan dalam satu wawancara.

Rumah agam dengan sewa £16,000 seminggu. Foto – DailyMail

Bukan biasa-biasa, penyanyi lagu Umbrella tinggal di sebuah rumah tujuh bilik tidur yang menakjubkan, bernilai £30 juta, di salah satu kawasan paling eksklusif di ibu negara. Rumah sewa tersebut lengkap dengan gimnasium, taman landskap, pemanasan bawah lantai dan ruang tempat letak kereta, serba sempurna memenuhi kehendak Rihanna.

Rumah agam 7 bilik tidur. Foto – DailyMail

“Rumah itu miliki ciri idaman Rihanna. Ia mempunyai tujuh bilik tidur, berada di kawasan yang sangat eksklusif dengan kejiranan yang menghormati privasi sehingga dia boleh datang dan pergi tanpa sebarang gangguan,” jelas satu sumber terdekat.

Foto – DailyMail
Foto – DailyMail

Sejak berita Rihanna menetap di London tersebar, rata-rata peminat terkejut malah langsung tidak menjangkakan perkara tersebut.

Foto – DailyMail
Foto – DailyMail

Peminat ni pun tak akan semua benda nak kena beritahu… LOL

RUJUKAN

The post Melopong Tengok Rumah Sewa Rihanna Harga Puluhan Ribu Seminggu Di London appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles