Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Taylor Swift Beri Sokongan Terhadap Isu LGBTQ Menerusi Lagu Terbarunya!

$
0
0

Taylor Swift merupakan seorang artis seni dengan sentuhan karya yang tersendiri, terbaru Taylor melancarkan lagu terbarunya “You Need to Calm Down” bersempena menyambut kedatangan album ketujuh Taylor iaitu Lover.

Menariknya di dalam muzik video bagi lagu “You Need to Calm Down” ini memiliki banyak elemen-elemen sensitiviti dan di tambah pula dengan kehadiran cameo daripada beberapa selebriti terkenal dunia seperti Katy Pery, Laverne Cox, RuPaul, Ryan Reynolds, Queer Eye dan ramai lagi!

Lagu baru ini sememangnya memberikan sejuta kejutan dan mesej kepada pendengar muzik di seluruh dunia dan serang hendap seperti ini sememangnya tidak dapat diduga, apatah lagi lagu yang sebelumnya yang berjudul “ME” memberikan mesej tentang perhubungan dan percintaan, jauh sungguh dengan elemen yang di usik oleh Taylor bagi lagu terbarunya “You Need to Calm Down” ini!

Foto: One Country

Muzik video yang hasilkan oleh Taylor bersama Drew Kirsch ini memiliki 7 elemen mesej tersirat dan tersurat yang menunjukkan bahawa Taylor memberi sokongan terhadap isu LGBTQ dan hak kesaksamaan malah Taylor juga menyampaikan mesej dengan mengemukakan petisyen senat bagi akta kesaksamaan (Equality Act) menerusi muzik videonya.

7 Elemen Dan Mesej Di Dalam Klip Video

Quote Daripada Cher

Foto: Vulture

Pasti ramai yang perasan terdapat sebuah bingkai gambar dengan ungkapan “Mom, I am arich man”. Ungkapan tersebut sebenarnya diambil menerusi temuramah Cher yang berkongsi cerita apabila ibunya menyuruh Cher berkahwin dengan orang kaya dan Cher kemudiannya memberi jawapan balas terhadap soalan daripada ibunya “Mom, I am a rich man”. 

Konsep Ala Filem Klasik That Breakfast at Tiffany’s

Foto: Eater

Di dalam klip video Taylor, terdapat babak Taylor memakai baju tidur sutera beserta mask penutup mata berwarna lavender. Babak ini mengambil inspirasi daripada filem klasik pada tahun 1961 iaitu Breakfast at Tiffany’s, yang menampilkan pelakon Audrey Hepburn dengan memakai mask penutup mata berwarna sutera Tiffany-blue yang disulami dengan jahitan benang emas.

Jam Tangan Dengan Wajah Kucing!

Foto: Time Magazine

Ramai yang sedia maklum, Taylor sememangnya pencinta kucing tegar dan ini bukan lagi perkara asing. Malah di dalam klip video lagu “ME”, Taylor telah menayangkan kucing kesayangnya di dalam klip video.

Kehadiran Cameo Daripada Laverne Cox, Hannah Hart Dan Beberapa Aktivis

Foto: The Independent
Foto: Huffington Post UK

Di dalam klip video lagu “You Need to Calm Down” muncul kehadiran cameo Larverne Cox yang terkenal sebagai aktivis bagi hak transgender dan kehadiran Hannah Hart yang merupakan seorang pelawak YouTube menerusi siri “My Drunk Kitchen”.

Kehadiran Bintang Pop Hayley Kiyoko

Foto: Time Magazine

Kemunculan Hayley Kiyoko di dalam muzik video Taylor menambahkan lagi elemen LGBTQ. Mana tidaknya Hayley Kiyoko juga merupakan artis bintang pop yang mempertahankan hak LGBTQ dan komuniti lesbian.

Perkahwinan Yang Dirasmikan Oleh Ciara!

Foto: Time Magazine
Foto: Popsugar

Di dalam klip video “You Need to Calm Down” mencetuskan fenomena apabila Jesse Tyler Ferguson bersama suaminya Justin Mikita berpeluang melakonkan kembali wedding kiss di dalam video yang dirasmikan oleh Ciara.

Kemukakan Petisyen Senat Untuk Akta Kesaksamaan

Foto: Time Magazine

Di dalam video klip Taylor, terdapat mesej yang dikeluarkan oleh Taylor untuk menyeru peminat-peminatnya bersama-sama memberi sokongan terhadap petisyen senat yang dikemukakan oleh Taylor dalam mendapatkan hak kesaksamaan bagi komuniti LGBTQ ini.

Lagu terbaru daripada Taylor kali ini nampaknya akan memainkan peranan penting dalam mencorak perjalanan dan hak-hak bagi komuniti LGBTQ ini!

The post Taylor Swift Beri Sokongan Terhadap Isu LGBTQ Menerusi Lagu Terbarunya! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584