Aktor Korea terkenal Ji Chang Wook baru sahaja menamatkan perkhidmatan ketenteraannya pada dua bulan yang lalu. Ji Chang Wook yang terkenal dengan pelbagai siri drama terkenal seperti “Empress Ki”, “Secret Love”, “Healer”, “The K2”, “7 First Kisses”, “Suspicious Partner” dan banyak lagi. Ji Chang Wook bakal menghadiahkan buah tangan terbarunya kepada peminat dengan lakonan bagi drama terbarunya pada tahun ini nanti.

Ji Chang Wook berkongsi tentang projek drama tvN yang terbaru iaitu “Melting Me Softly”, yang merupakan sebuah drama romantik komedi yang mengisahkan tentang seorang wanita dan lelaki yang mengikuti projek pembekuan selama 24 jam tetapi apabila mereka bangun semula, 20 tahun telah berlalu!
Dan kesan dari eksperimen tersebut mereka berdua harus mengekalkan suhu badan pada 31.5 darjah selsius untuk terus hidup! Penampilan serta adegan romantik komedi mereka berdua pastinya membuatkan penonton tidak senang duduk. Bagi drama terbaru ini, dikatakan Won Jin Ah turut serta berlakon di dalam drama ini. Manakala untuk watak pelakon utama wanita yang mungkin bakal di lakonkan oleh Yoon Se Ah, masih lagi dalam perbincangan.
Ji Chang Wook berkongsi pendapatnya tentang drama terbaru ini.
Saya merasakan konsep ‘frozen humans’ ini sangat menarik dan segar. Saya berasa lebih yakin apabila PD (producing director) Shin Woo Cheol dan penulis skrip Baek Mi Kyung turut berganding bahu bagi menjayakan drama terbaru ini.
Saya memilih projek ini dengan pandangan yang saya bakal menikmati waktu yang menyeronokan semasa bekerja nanti.

Selain itu, Ji Chang Wook turut berkongsi tips dan kualiti bagaimana untuk menjadi seorang pelakon yang bagus.
Apabila bekerja bagi sesebuah projek, saya memikirkan tentang peluang yang bakal dikecapi menerusi falsafah lakonan. Dengan melindungi dan berubah, saya yakin yang anda bakal menjadi ‘seseorang’.
Tambahan lagi Ji Chang Wook juga turut berkongsi erti kebahagian bagi dirinya.
Daripada mencari kebahagian menerusi orang lain, lebih baik mencari kebahagian menerusi diri sendiri dan bahagia dengan diri sendiri.
Drama yang bakal di bintangi oleh Ji Chang Wook ini “Melting Me Softly” yang bakal di tayangkan pada pertengahan tahun 2019 ini, jadi sama-sama kita nantikan drama terbaru ini nanti!
The post Ji Chang Wook Is Back, Bakal Berlakon Drama Baru! appeared first on Wanista.com.