Menerusi perkhabaran lalu bahawa Song Hye Kyo dan Song Joong Ki telah secara rasminya bercerai, dan kini Song Hye Kyo mula mengemaskini akaun Instagramnya dengan memadam ke semua gambar-gambar mereka berdua (Song Hye Kyo dan Song Joong Ki) termasuklah gambar perkahwinan mereka.
Clik here to view.

Sementara itu, meskipun Song Hye Kyo jarang memuat naik post di akaun Instagramnya, tetapi apabila dia memuat naik postingnya, peminat akan jatuh cinta dengan kecantikan serta daya tarikan yang ada dalam diri aktres jelita ini.
Clik here to view.

Song Hye Kyo dan Song Joong Ki mengakhiri 20 bulan perkahwinan mereka dengan penceraian. Masing-masing menyatakan mahu mengakhirinya secara baik dan peminat masih lagi tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku di antara mereka berdua.
Clik here to view.

Apa jua perasan bercampur baur yang di rasai peminat, perkara ini telah pun berlaku dan berakhir secara baik. Dan kini kedua-dua pelakon berbakat Song Hye Kyo dan Song Joong Ki Masing-masing telah pulang dari aktiviti mereka, di mana Song Hye Kyo telah selesai dengan aktiviti promosi produk di China dan manakala Song Joong Ki telah selesai dengan aktiviti filem terbarunya.
Di harap mereka berdua menjalani kehidupan baru dengan aman dan berjaya.
The post Tiada Lagi Gambar Song Joong Ki Di Instagram Song Hye Kyo! appeared first on Wanista.com.