Perkhabaran kurang enak tentang perkahwinan diantara Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun sedang hangat diperkatakan. Nampaknya ramai peminat akan berduka dengan pernantian titik noktah perkahwinan dua artis berbakat besar ini. Isu perceraian yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan ramai pihak.
Semuanya bermula apabila aktres Ku Hye Sun memuat naik text mesej yang telah di screenshot ke akaun sosial medianya dan cebisan mesej yang dikongsikan itu telah menjadi bahan bualan tentang hubungan kedua-dua suami isteri tersebut. Dan tidak lama isu menjadi semakin membara.

Berikutan isu peceraian ini, agensi Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun iaitu HB Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status perkahwinan kedua-dua artis tersebut.
Hello, ini adalah HB Entertainment.
Kami ingin memberi penjelasan mengenai situasi diantara pelakon label kami iaitu Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun yang di siarkan pada 18 Ogos.
Meskipun pelbagai kata-kata sokongan dan harapan dari pelbagai pihak, malangnya perkahwinan mereka berdua telah mencapai kata putus dan kedua-duanya bersetuju untuk berpisah.
Bagi pihak agensi, kami menghormati keputusan kedua-dua pelakon tersebut selepas membuat perbincangan dan kami berharap mereka berdua akan menjalani kehidupan yang bahagia di masa akan datang.
Ku Hye Sun baru-baru ini telah melantik peguan dan mendraf perjanjian perceraian, dimana Ku Hye Sun telah menghantar draf tersebut kepada Ahn Jae Hyun dan meminta agar aktor tersebut segera melantik peguam dan melalui proses yang diperlu dilalui.
Ku Hye Sun meluahkan yang bahawa beliau ingin memfailkan tuntutan perceraian pada bulan Ogos dan proses perceraian akan selesai pada bulan September.
Berikutan dengan persetujuan untuk bercerai, Ku Hye Sun menghantar satu lagi draf kenyataan bagi pihak dirinya untuk dikongsikan kepada media.
Walaubagaimanapun, kami telah melihat pos SNS Ku Hye Sun dan artikel yang dipetik oleh aktres tersebut bahawa kedua-dua Ahn Jae Hyun dan pihak agensi berasa keliru. Dan kami dengan rasa berat hati ingin memaklumkan kepada anda apa yang berlaku, meski ia adalah isu peribadi isu tentang proses settlement perceraian telah diketepikan.
Ini merupakan kehidupan peribadi mereka dan kami berharap kedua-duanya tidak akan cedera di sebabkan isu ini.
Kami meminta maaf kepada peminat dan orang ramai yang telah bimbang mengenai isu ini. – HB Entertainment.
Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Ku Hye Sun mengenai isu perceraian diantara dirinya dan Ahn Jae Hyun.
Hello, ini adalah Ku Hye Sun.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana memberi khabar buruk ini kepada yang menyayangi saya dan memberikan sokongan kepada saya semasa di awal perkahwinan dan kehidupan perkahwinan saya.
Ahn Jae Hyun dan saya telah bersetuju untuk berpisah dan kami akan mula memfailkan tuntutan perceraian dan kami akan memohon tuntutan cerai tersebut ke Seoul Family Court pada bulan Ogos 2019 ini.
Kami saling menyayangi diantara satu sama yang lain tetapi meskipun begitu kami juga telah belajar bahawa terdapat jurang diantara kami berdua.
Dan kami berharap untuk menamatkan semua semua ini dalam terma yang baik sebelum jurang diantara kami semakin luas dan kami berfikir bahawa ia adalah jalan yang terbaik untuk kami.
Mengenai perceraian kami, seperti mana kami memiliki kehidupan peribadi masing-masing dan akan terus meneruskan kerjaya berlakon di masa akan datang dan kami berharap soal peribadi dibiarkan dan kami berharap tiada sebarang spekulasi atau sebarang salah faham berlaku.
Saya akan berkerja keras untuk membayar semua kasih sayang dan sokongan anda semua dengan projek dan aktiviti yang lebih baik di masa akan datang.
Terima Kasih.
Daripada Ku Hye Sun.

Nampaknya, perkahwinan diantara Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun telah menanti titik noktah yang muktamad! Meskipun berita yang dikongsi ini adalah berita sedih, di harap kedua-dua aktor berbakat ini akan meneruskan kehidupan mereka dengan penuh jaya dan bahagia di masa akan datang.
The post Perkahwinan Ku Hye Sun & Ahn Jae Hyun Menanti Titik Noktah?! appeared first on Wanista.com.