Ibu bapa mana yang tidak menitiskan air mata melihat perkembangan si anak, daripada kecil sehinggalah meningkat remaja. Bayangkan selama ini berada di depan mata dan kini anda terpaksa melepaskan mereka kerana si anak mahu menuntut ilmu mengejar impian masing-masing.

Itu yang aktres tersohor Angelina Jolie lalui apabila dia dilihat hampir menitiskan air mata apabila terpaksa melepaskan anak sulungnya Maddox yang menyambung pelajaran dalam bidang biokimia di Yonsei University, Korea Selatan.
Angelina Jolie berkata dalam video yang dikongsi oleh peminat, “dia cuba untuk tidak menangis dan terpaksa menahan” walaupun sebenarnya dia rasa sebak dan tidak berhenti menangis.
“Oh my God, like an embarrass-your-children ugly cry“, seloroh Angelina, Maddox ditepi sekadar tersenyum melihat ibunya.
Lagi satu menerusi video juga dapat dilihat Angelina sangat peramah melayan setiap soalan para pelajar dengan begitu berhemah. Kita yang menonton rasa terhibur di samping terpesona dengan kecantikan semulajadi Angelina.
Maddox, 18, merupakan salah seorang daripada enam anak yang dimiliki bersama bekas suaminya, Brad Pitt.

Tak sangka Maddox dulu si kecil yang comel kini dah remaja..
The post Video Angelina Jolie Hampir Menangis Nak Lepaskan Anak Maddox Sambung Belajar appeared first on Wanista.com.