Akhirnya pada bulan September ini keluar juga berita gembira yang boleh dikongsikan bersama terutama peminat K-drama! Di khabarkan bahawa pelakon Korea Kim Woo Bin dan Shin Min Ah bakal berkahwin tidak lama lagi.
Menurut laporan daripada Channel A, program gosip dan acara yang dikenai sebagai “Rumour Has It” menyatakan bahawa pasangan sejoli ini merancang untuk berkahwin pada tahun 2021 nanti. Berita gembira ini sememangnya memberi kesan positif dalam industri hiburan Korea sendiri.

Berita yang didedahkan oleh wartawan Choi Jung Ah, mendakwa bahawa dirinya mendengar gosip tersebut apabila kedua-dua mereka dalam perancangan persedian majlis perkahwinan mereka berdua.
Apabila mereka mendengar berita tersebut daripada sumber rapat, mereka dengan cepat menafikannya. Mereka tidak merancang untuk berkahwin pada tahun depan (2020) tetapi akan berkahwin pada tahun seterusnya (2021).
Sehubungan itu, pihak dari Kim Woo Bin meminta untuk saya menangguhkan tentang berita tersebut, kerana aktor tersebut mahu fokus untuk pulih dan betul-betul sihat. – Jelas Choi Jung Ah
Kim Woo Bin dan Shin Min Ah mula menjalinkan hubungan pada Mei 2015, dari situ hubungan mereka perlahan-lahan menjadi kuat. Tetapi perkenalan mereka diduga apabila pada 24 Mei 2017, Kim Woo Bin di diagnos menghidapi kanser Nasopharyngeal.

Meskipun ujian datang bertali arus, pasangan ini tetap kuat dan utuh. Shin Min Ah pula setia di sisi Kim Woo Bin dan bersama-sama mengahdapi saat getir bersama.

Sepanjang tempoh Kim Woo Bin menerima rawatan, dirinya tidak lupa memberi sokongan kepada teman wanitanya Shin Min Ah dengan menghantar trak kopi ke set penggambaran drama terbaru Shin Min Ah iaitu drama “Chief of Staff”.

Kini hubungan mereka telah berusia 4 tahun dan bakal merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.
Ianya berita yang cukup menggembirakan terutama bagi peminat kedua-dua pelakon berbakat besar ini. Sama-sama kita semua doakan kebahagian mereka berdua!
The post Kim Woo Bin & Shin Min Ah Bakal Berkahwin Pada Tahun 2021! appeared first on Wanista.com.