Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Tunjukkan Sokongan! Ketahui 5 Slogan Band K-Pop Kegemaran Anda

$
0
0
Foto - www.soompi.com

Jika anda Bigbang stan, anda tahu apa slogan yang mereka selalu gunakan? Kalau BTS? Winner? EXO?

Setiap kumpulan Kpop mempunyai slogan rasmi ataupun ‘signature’ yang digunakan mereka malah peminat mereka tahu. Di sini, ia satu perkara yang dalam sedikit sebanyak membantu kita berasa lebih dekat dengan mereka. Peminat menggunakan slogan semasa konsert, acara fan meeting, album signing serta pelbagai lagi.

Jom kenal pasti antara slogan yang anda familiar :

#Bigbang

Foto - YG Entertainment, Samsung, NatePann
Foto – YG Entertainment, Samsung, NatePann

Yup, mereka adalah the king of kpop, semua mengenali mereka. Mereka bermula dari bawah sehinggalah baru-baru ini mengadakan konsert sempena ulang tahun yang ke-10 di Seoul, Korea Selatan yang dibanjiri peminat sehingga 65,000 orang. Lagu mereka bukan sahaja dimainkan di negara yang terkenal dengan Ginseng itu sahaja bahkan juga di serata dunia. Bigbang memastikan slogan mereka simple tetapi bermakna untuk peminat VIP (nama fanclub rasmi).

“BIG BANG is VIPs’ everything, and VIPs are BIG BANG’s Everything”

Manis seperti madu kan mereka?

#EXO

Foto - NatePann
Foto – NatePann

Selain Bigbang, ini satu lagi king yang menguasai bukan sahaja Asia malah dunia. Lagu mereka seperti Growl, Monster berjaya memasuki carta Billboard. EXO mempunyai 2 slogan utama, iaitu:

“We Are One” & “Let’s Love!”

“We Are One” hadir selepas pemergian tiga ahli mereka Kris, Luhan dan Tao, secara literal membawa maksud tidak kira apa yang berlaku, kita akan bersama-sama sentiasa. Manakala, “Let’s Love” pula walaupun begitu banyak perkara yang terjadi, peminat EXO akan sentiasa kekal positif, penuh kasih sayang dan tidak membenci satu sama lain.

Wahhh sangat sentimental! Anda EXO-L ke?

#WINNER

Foto - Ya! Potato, Mino Thumbs Up, Nate Pann
Foto – Ya! Potato, Mino Thumbs Up, Nate Pann

“Because WINNER Exists, Inner Circles Exist. Because Inner Circles Exist, WINNER Exists”

WINNER yang dianggotai oleh Song Minho, Nam Taehyun, Lee Seunghoon, Kang Seungyoon dan Kim Jinwoo debut pada tahun 2014, digelar Monster Rookies pada tahun itu atas kejayaan album mereka di Korea Selatan mahupun serata dunia. WINNER menjelaskan slogan ini memberi maksud yang mendalam buat mereka kerana tanpa undi peminat Inner Circle, WINNER tidak akan dapat debut melalui rancangan survival uji bakat, WIN.

Hurmmm sadis sekali bunyinya. Apapun fighting WINNER!

#BTS

Foto - NatePann
Foto – NatePann

“WooJiHwa”, “Your Audience Forever”

Famous line dari Bangtan Boys adalah WooJiHwa. Yakni bermaksud “WooRi HamKkaeHaNeun JiGeum, HwaYangYeonHwa”, dalam terjemahan Bahasa Inggeris, ia bermaksud “Our Time Together Now is the Happiest and Most Wonderful Time of Our Lives”. Awww so sweet! “HwaYangYeonHwa” adalah frasa 4 huruf Cina, yang menunjukkan bahawa kepentingan mereka dalam hidup. Dan sebagai jawapan, peminatnya yang digelar ARMY telah menyebut frasa “Your Audience Forever”, yang menunjukkan kesetiaan mereka kepada BTS!

#GOT7

Foto - Nate Pann
Foto – Nate Pann

Walaupun dibebani dengan pelbagai kontroversi baru-baru ini tetapi peminat mereka, IGOT7 tetap setia dibelakang GOT7.

“Everyday is Special”, “IGOT7s Trust GOT7, and GOT7 Trusts IGOT7”

Kumpulan yang dibarisi oleh tujuh anak muda ini ingin memastikan bahawa setiap hari adalah istimewa apabila GOT7 dan IGOT7 bersama-sama. Dan apa yang perkara yang paling penting dalam hubungan? Kepercayaan! GOT7 mahu peminat setia mereka tahu bahawa mereka boleh mempercayai GOT7, dan peminat IGOT7 mahu GOT7 tahu bahawa mereka boleh mempercayai IGOT7! Kepercyaan membuatkan hubungan mereka kuat!

Satu soalan, anda bias boy group yang mana?

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles