Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Hilary Duff Kembali Semula Untuk Sitcom Popular Lizzie McGuire Reboot!

$
0
0

Bagi yang lahir pada tahun 90’an pasti anda semua pernah menonton cerita sitcom popular ‘Lizzie McGuire’, sitcom yang buatkan penonton pecah perut melihat telatah dan gelagat watak Lizzie dan ahli keluarganya mencetuskan fenomena gelak ketawa.

Tahun ini Disney mengumumkan kemunculan semula sitcom popular ini dengan versi yang baru iaitu Lizzie McGuire reboot yang bakal di tayangkan di Disney+.

Foto – Us Weekly

Menurut Hollywood Reporter, sitcom popular versi terbaru ini mengisahkan watak Lizzie yang kini telah berusia 30 tahun yang menetap di bandar New York dan bekerja sebagai pembantu juru hias di bandar New York.

Setelah 15 tahun sitcom ini menyepi, kini ia kembali dengan versi terbaru bersama para barisan pelakon asal sitcom ‘Lizzie McGuire’ tak lain tak bukan, Hilary Duff, Hallie Todd, Robert Carradine dan Jake Thomas.

Foto – TooFab

Keempat-empat pelakon hebat ini berkumpul semula setelah berpisah sejak 15 tahun lalu dan pastinya peminat berasa tidak sabar untuk menonton sitcom popular versi terbaru di kaca televisyen! Lihat wajah mereka berempat sebagai satu keluarga yang ceria dan gila-gila dalam rancangan popular ini, membuatkan peminat rancangan Lizzie McGuire berasa tidak sabar menonton lakonan mereka di dalam satu keluarga versi terbaru ini.

Foto – J-14

Berita baik, bukan sahaja sitcom realiti muncul untuk cerita versi terbaru, malah cerita Lizzie McGuire versi animasi juga akan muncul dengan beberapa siri versi terbaru. 

Buat masa ini tiada maklumat bagi watak kawan-kawan Lizzie untuk sitcom versi terbaru ini, di harap untuk versi baru ini kita semua dapat melihat wajah pelakon asal, tapi siapa tahukan?

Tak sabarnya nak tunggu cerita ‘Lizzie McGuire reboot’ ni!

 

RUJUKAN

The post Hilary Duff Kembali Semula Untuk Sitcom Popular Lizzie McGuire Reboot! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587