Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Selain Bunkface, 5 Lagu Kontroversi Pasal LGBT Yang Hot

$
0
0

Muzik merupakan satu seni yang indah untuk mengekspresikan dan menyampaikan mesej kepada pendengar, menerusi muzik. Dan ianya merupakan pentas untuk penggiat seni bebas berkarya, berkongsi idea, pandangan, serta inspirasi ataupun pengajaran menerusi muzik.

Kini tak terhitung jari mendengar hasil ciptaan lagu-lagu yang banyak mendendangkan unsur-unsur seks, dadah, LGBT, perkauman, warna kulit, perjuangan dan termasuklah politik serta konspirasi.

Penulis tidak mahu menyentuh lagu yang berunsur terlalu besar dan berat, cukuplah dengan beberapa lagu panas mengenai LGBT yang di bawa oleh artis Malaysia dan Indonesia.

Ini antara lagu-lagu yang berani menyentuh isu LGBT dan cuba menghantar mesej masing-masing menerusi alunan lirik dan melodi yang tersendiri!

#1 Bunkface – Akhir Zaman

Bunkface tampil berani dengan lagu terbarunya yang bertajuk ‘Akhir Zaman’, di mana lagu tersebut menyelar komuniti LGBT. Tambahan lagi apa yang Bunkface cuba sampaikan adalah sesuatu yang haram tetap haram dan dengan menerusi lagu ini, Bunkface juga ingin mempertahankan agama Islam.

Serta dengan lagu ini ia dapat menjadi ‘wake up call’ buat generasi muslim di Malaysia.

Lirik:

Engkau agama mu

Aku agama ku

Korupsi

Kita perlu kasi hapus

Engkau agama mu

Aku agama ku

LGBT boleh pergi mampus

#2 Ning Baizura – Bukan Wanita Sempurna

Lagu ‘Bukan Wanita Sempurna’ oleh Ning Baizura ini bukan mengenai kisah seorang wanita sebaliknya ia berkisarkan tentang seorang suami yang biseksual dan curang kepada isterinya. Agak tragis jalan cerita video klip lagu ini, ia bukan saja menayangkan isu biseksual malah isu ketidakadilan yang dihadapi oleh seorang wanita. 

Bayangkan isteri mana tidak kecewa apabila tahu suami curang dan menyukai sesama jenis?

Lirik: 

Aku merasa dia curang

Aku merasa ditiadakan

Aku sakit hati

Sakitnya setengah mati

Jangan anggap cintuku tiada

Hati makin curiga

Mendengar sebuah cerita

Ada apa kau dengannya

#3 JKT48 – Kinjirareta Futari

Kumpulan idol Indonesia JKT48 mendendangkan lagu berunsurkan lesbian, di mana bait-bait liriknya menceritakan tentang dua orang wanita yang saling mencintai antara satu sama yang lain. Lagu ini menjadi kontroversi di Indonesia, apabila netizen di sana memahami makna lagu yang disampaikan tersebut.

Lirik:

Seandainya saja

Jika aku tidak terlahir sebagai wanita

Maka perpisahan ini tidak akan ada

Seandainya saja

Jika aku terlahir sebagai pria

Maka kita akan menjadi pasangan yang bersatu dalam suatu ikatan

#4 ELITE – Dirinya Dirimu Diriku

Lagu hasil ciptaan kumpulan KRU pada tahun 1998 ini berani mengetengahkan isu gay pada waktu itu, lagu yang berjudul ‘Dirinya Dirimu Diriku’ yang dinyanyikan oleh kumpulan ELITE ini mencetuskan femonema dalam industri muzik tanah air.

Lagu yang berkisarkan tentang seorang lelaki yang sanggup mengahwini seorang wanita dan berpura-pura mencintai diri wanita tersebut demi menjaga status dirinya yang sebenarnya seorang gay.

Lirik:

Diam memejam mata

Maaf salah masa salah wanita ‘tuk kau dusta’

Kau bukan lelaki sebenar

Cukuplah sudah segala segala helah

Aku perintah berpaling arah

Tidak ku mahu lagi bertemu

Diriku malu apa berlaku

Cuma sedarlah cinta kau dosa

dan sampai bila tidak ke mana

Guna wanita ‘tuk mengabur mata

Berpura-pura status dijaga

#5 Toki – Joget Menyanyi

Ini antara hasil karya yang menarik di mana, lagu ini dihasilkan berdasarkan pengalaman yang di lihat sendiri oleh Toki ketika mengunjungi sebuah tempat peranginan. Di sana Toki melihat sarang homoseksual dan lesbian, menerusi pengalaman yang mengejutkan itu Toki menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam lagunya.

Lagu berentak tradisional ini sangat popular pada tahun 1998 dan merupakan antara lagu panas yang menyentuh isu LGBT pada waktu itu.

Lirik:

Gerimis turun

Tak sangka kilat guruh berdentum

Di kampung ini

Ku rasa damai sekali

Jalan Persisiran pantai

Ramai gadis berpegangan tangan

Si pemudanya pula 

Jatuh cinta sesama

Bonus

#6 Rinandha – LGBT

Lagu berjudul LBGT dendangan penyanyi Rinandha ini memang mencetuskan kontroversi di Indonesia pada tahun 2016. Sebenarnya lagu ini bukanlah berkisarkan tentang hubungan gay, lesbian, biseksual atau transgender.

Ia merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat yang memerlukan wang untuk teruskan kehidupan.

Lagu LGBT atau ‘Lagi Galau Butuh Transferan’ ini di cipta secara tidak sengaja apabila, penyanyi tersebut mereka meme LGBT dan kemudian ia menarik perhatian pencipta lagu Hari Widi yang kemudian mendapat ilham menghasilkan lirik lagu berdasarkan meme LBGT tersebut.

Lirik:

LGBT uuuu LGBT lagi galau banyak tanggungan

LGBT uuu LBGT lagi galau banyak tagihan

LGBT uuu LGBT lagi galau banyak tunggakan

LGBT uu LGBT lagi galau butuh transferan

Rujukan: 1, 2

The post Selain Bunkface, 5 Lagu Kontroversi Pasal LGBT Yang Hot appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles