Satu dunia sekarang menjalani tempoh berkurung di rumah bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sedang mara.
Sepanjang itu, media sosial menjadi peneman kita semua. Macam-macam ragam dilihat tular – si suami memakai baju kelewar si isteri, kaum hawa dah macam chef profesional dengan aneka resepi baru, aktiviti berbasikal di dalam rumah, buat IG TV, bertiktok, berkaraoke dan pelbagai lagi yang mencuit hati.
Wanista nak terjah juga apa selebriti kegemaran korang buat sepanjang #StayAtHome? Memasak ke? Buat IG TV untuk peminat atau sakan TikTok?
Nora Danish sekarang rajin TikTok ye.. Comel-comel videonya.
Siapa tak subscribe Youtube Aina Abdul memang rugi. Setiap hari Aina post video cover.
Makin banyak resepi si cantik Eina Azman kongsi dekat IG.
Bella Hadid rindu photoshoot sampai dekat rumah pun jadi studio.
Neelofa pun TikTok juga…
Nana Mahazan rajin buat IGTV kongsi resepi nasi goreng.
Rindu nak perform ke BTS V? Seksi tau menari sakan.
Janna Nick buat mukbang, sedapnya ketam tu..
Rita Rudaini sekarang obses layan k-drama. Tengoklah sampai edit gambar dengan hero Clash Landing on You.
Basuh tangan sebersihnya ye semua. Tiru cara Selena Gomez.
Kylie Jenner layan kerenah anaknya Stormi Webster sepanjang duduk rumah.
Ini masanya kita banyakkan amalan yang selama ini tidak dibuat. Macam kata Lisa Surihani.
Okay, korang pula buat apa je dekat rumah?
The post Jom Tengok Apa Artis Kegemaran Korang Buat Sepanjang #StayAtHome appeared first on Wanista.com.