
Ingat lagi suara seksi yang mengalunkan lagu ‘Happy Birthday Mr President’?

Dress berpotongan badan rona champagne yang disarungkan wanita ikonik sepanjang zaman Marilyn Monroe sewaktu menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada Presiden Amerika Syarikat John F Kennedy sekitar tahun 1962 itu bakal dilelong.
Beliau menggayakan dress tersebut ketika menghadiri majlis kutipan dana serta sambutan ulang tahun ke-45 John F Kennedy bertempat di Madison Square Garden, New York sekitar Mei 1962.
Tiga bulan selepas majlis tersebut, Monroe menemui ajalnya manakala John F Kennedy pula meninggal dunia setahun kemudian pada 1963.


Dress glamor tersebut telah pun dijual pada tahun 1999 pada harga $1.26 Juta Dolar Amerika, namun syarikat lelongan Julien’s Auctions mengandaikan bahawa nilai bagi dress tersebut mampu menjangkau sehingga $3 Juta Dolar Amerika pada sebuah majlis lelongan terkini yang bakal diadakan menjelang 17 November ini bertempat di Los Angeles.

Rekaan dress tersebut memanfaatkan fabrikasi jenis sutera kasa (silk gauze) sekaligus diliputi variasi permata serta jahitan labuci mewah.
Sebelum ini, dress tersebut pernah dipamerkan di Museum of Style Icons, Newbridge daerah Ireland.

Mendiang Marilyn Monroe dan Presiden Amerika Syarikat ke-35 yang berkhidmat dari tahun 1961 hingga 1963 itu dikatakan pernah menjalinkan hubungan, namun tidak kekal lama berikutan sebuah laporan yang menyatakan bahawa Marilyn pernah membuat panggilan ke White House beberapa kali untuk menyemarakkan semula cinta mereka sehingga John F Kennedy perlu menghantar seseorang untuk menghalang perbuatan Marilyn itu.