Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Dah Tua Makin Hot, Ini Aktor Meteor Garden Jerry Yan Sekarang

$
0
0

“Eloknya muka dia.”

Itu kata-kata yang terkeluar dari mulut penulis bila melihat aktor Taiwan Jerry Yan sekarang. Wanista pasti anda mengenalnya sebagai Dao Ming Si dari drama hit ‘Meteor Garden’ zaman tuk kaduk dulu, pernah jadi fenomena di Malaysia.

Sekarang namanya dia naik semula selepas membintangi drama yang berjudul ‘Count Your Lucky Stars’.

Foto – Pinterest

Kecoh seketika kerana apa yang menarik perhatian adalah fizikalnya yang luar biasa, bikin warga net jatuh cinta. Bila tengok fizikal Jerry Yan, kita tertanya-tanya berapa usia dia sekarang? Kenapa dia makin hot dan nampak muda? Tengok dia terus terasa nak layan drama Meteor Garden.

Ternyata aktor 43 tahun itu menjalani kehidupan yang simple untuk memastikan dirinya kelihatan seperti ini. Kata Jerry bergurau, dia memerlukan mekap untuk kelihatan hebat sekarang. Tapi aktor itu mengakui lifestyle yang dijalani simple, sentiasa gembira dan bahagia serta tidak terlalu memikir tekanan hidup.

Foto – Arkib Wanista

Di dunia sekarang di mana selebriti sering tunduk pada tekanan, Jerry selesa untuk tidak obses akan media sosial, malah dia juga bukan jenis yang selalu dengan perantinya. Tak ada media sosial, tak ada hal! Hidup lagi bahagia!

Jerry Yan mempunyai akaun Instagram rasmi (@jerry_yan_official), tetapi jarang dikemas kini, dan hanya digunakan untuk hal kerja sahaja.

Foto – Arkib Wanista

Bagaimana dengan fizikal yang sasa? Cara Jerry Yan untuk mendapatkan six packs adalah jalani kehidupan dengan positif, bersenam secara teratur dan jaga pemakanan agar tetap sihat dan cergas.

RUJUKAN

The post Dah Tua Makin Hot, Ini Aktor Meteor Garden Jerry Yan Sekarang appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles