Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Muka Donald Trump Berubah Lain Jadi Warna Oren, Dah Kenapa?

$
0
0

Nama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sentiasa hangat diperkatakan di media sosial, tapi kali ini isu yang menjadi bualan ramai bukanlah tentang kontroversi presiden ini dijangkiti wabak pandemik ini.

Tetapi sebaliknya isu misteri perubahan tona warna kulit muka presiden ini, yang di lihat dari masa ke semasa berubah menjadi tona warna oren.

Seperti sedia maklum Donald Trump memiliki tona warna kulit yang normal sebelum menjadi presiden Amerika, tetapi semenjak dirinya mentadbir negara pada tahun 2016 perlahan-lahan perubahan tona warna mukanya berubah ketara.

Kulit muka jadi warna oren sebab pakai produk tanning?

Foto -Arkib Wanista

Itulah spekulasi yang kerap berlegar di lubuk gosip dari tahun 2016 sehinggalah ke hari ini, melihat tona warna kulit presiden Amerika yang pada awalnya putih pucat bertukar menjadi warna oren secara tiba-tiba menguatkan lagi spekulasi orang ramai bahawa presiden ini menggunakan produk tanning kulit.

Mungkin Guna Produk Tanning Kawan Baik Sendiri

Foto – Arkib Wanista

Donald Trump mempunyai hubungan persahabatan yang lama dengan bekas CEO syarikat tanning, yang bernama Steve Hilbert. Ahli perniagaan ini menghasilkan banyak produk spray tanning seperti losyen dan juga bronzers mekap.

Netizen merumuskan kemungkinan besar Donald Trump menggunakan produk tanning kulit dari syarikat kawan baiknya itu, sebab itu kulit berubah menjadi warna oren.

Orang Rapat Akui Donald Trump Guna Produk Tanning

Foto – Arkib Wanista

Di petik dari Business Insider, bekas pembantu Donald Trump iaitu Omarosa Manigault Newman, bekas pengarah FBI iaitu James Comey dan juga jurumekap artis yang dirahsiakan namanya.

Ada menyatakan bahawa ketua negara Amerika Syarikat ini, selalu memakai produk tanning untuk mendapatkan tona kulit warna oren.

Tak Jumpa Produk Tanning Di Kediaman Rasmi Donald Trump

Foto – Arkib Wanista

Meskipun banyak spekulasi mengenai presiden Amerika Syarikat ini menggunakan produk tanning, dan ditambah pula dengan kenyataan orang rapat dengan Donald Trump yang menyatakan presiden ini menggunakan produk tanning kulit.

Namun menurut tiga individu yang menghabiskan masa di kediaman rasmi di White House dan dua pegawai pentadbiran, menyatakan mereka tidak menemui sebarang produk tanning atau spray kulit di kediaman rasmi tersebut.

Kulit Wajah Oren Kekal Misteri

Foto – Arkib Wanista

Dengan spekulasi dan kenyataan dari orang rapat hinggalah cubaan mencari bukti produk di kediaman presiden Amerika Syarikat ini, kekal menjadi misteri sama ada betul atau tidak Donald Trump menggunakan sebarang produk tanning, hanya tuan punya badan saja yang tahu.

Rujukan: 1, 2, 3,

The post Muka Donald Trump Berubah Lain Jadi Warna Oren, Dah Kenapa? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles