Banyak orang yang struggle dengan penyakit kronik termasuklah selebriti. Sebilangan besar daripada mereka menghadapi penyakit kronik yang hanya bermula dengan gejala-gejala yang mempengaruhi produktiviti mereka.
Ini antara beberapa selebriti yang menghadapi penyakit tersebut dan mungkin anda tidak tahu tentangnya.
Penyakit Lyme
Merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Borrelia yang disebarkan oleh kutu. Pada awalnya, tanda jangkitan ini dapat dilihat sebagai ruam merah di tempat gigitan. Antara simptom-simptonnya adalah demam, letih, sakit kepala, sakit sendi dan masalah neurologi.
Multiple Sclerosis (MS)
MS adalah penyakit yang berpotensi melumpuhkan otak dan tulang belakang (sistem saraf pusat). Sistem imun menyerang myelin yang menutup nerve fibres dan menyebabkan masalah komunikasi antara otak dan seluruh badan. Kerosakkan saraf ini akan kekal sehingga hilang keupayaan untuk bergerak.
Penyakit Graves
Kerap berlaku pada wanita berusia 40 tahun ke bawah, penyakit ini mengganggu sistem imun yang menyebabkan pengeluaran hormon tiroid yang berlebihan (hyperthyrodism).
Kidney Dsyplasia
Semasa dalam kandungan, kedua-dua buah pinggang tidak berkembang dengan normal. Kidney Dsyplasia boleh mempengaruhi satu atau dua buah pinggang.
Penyakit Lupus
Sukar didiagnosis kerana tanda dan gejalanya sama seperti penyakit lain. Ia adalah penyakit autoimun sistemik apabila ketahanan badan menyerang tisu dan organ.
Psoriasis
Penyakit kulit ini membuatkan sel-sel kulit membiak 10 kali cepat daripada biasa. Kulit akan menjadi tompok-tompok merah yang bergelombang yang ditutup dengan sisik putih.
Kebanyakkan selebriti ini pandai sembunyikan tentang penyakit yang dihadapi oleh mereka. Semoga mereka sentiasa sihat!
The post Tiada Siapa Tahu, Ini Selebriti Yang Sedang Menghadapi Penyakit appeared first on Wanista.com.