Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Siapa Jejaka Yang Berjaya Bertakhta Di Hati Neelofa, Adakah…

$
0
0

Nampaknya tahun depan aroma nasi minyak bakal menyelubungi arena industri hiburan tempatan, antara Neelofa dan pasangan pilihannya.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh ibu Neelofa, Noor Kartini di akaun Instagramnya dengan ucapan serta doa untuk anak perempuannya itu berserta bakal menantunya.

Siapakah jejaka bertuah yang berjaya bertahta di hati Neelofa, jom selongkar di bawah!

Ibu Neelofa Beri Restu

Foto – Arkib Wanista

Ibu mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk anak sendiri bukan, Noor Kartini mengucapkan rasa syukur kerana imam yang bakal membimbing puterinya itu kini telah tiba.

Foto – Instagram Noor Kartini Noor Mohamed

Sebagai ibu, Kartini mendoakan agar hubungan yang terjalin antara puterinya dan bakal menantunya itu berkekalan hingga ke syurga dan menjadi pasangan bahagia dunia serta akhirat.

Kartini berharap dengan penyatuan dua jiwa ini, masing-masing dapat menjadi pelengkap bagi sesama sendiri dan penyeri kehidupan.

Muhammad Haris Mohd Ismail, Raja Hati Neelofa

Foto – Arkib Wanista

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini mengenai hubungan antara Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, sememangnya dua merpati sejoli yang sedang hangat mengulum benang cinta.

Jejaka berusia 25 tahun ini berjaya menjadi raja di hati Neelofa dan mereka berdua bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Kenali Sang Raja Yang Bertakhta Di Hati Neelofa

Foto – Instagram Noor Kartini Noor Mohamed

Pastinya ramai yang nak tahu lebih dekat dengan sang raja yang bertakhta di hati Neelofa bukan, ini beberapa info menarik tentang PU Riz!

  • Berusia 25 tahun, dan mempunyai perbezaan umur enam tahun dengan Neelofa.
  • Menduduki tempat keempat dalam rancangan dakwah televisyen tempatan iaitu ‘Pencetus Ummah’ pada tahun 2016 dan mendapat jolokan PU Riz dari rancangan tersebut.
  • Sejak memasuki rancangan dakwah televisyen, PU Riz terus bergiat aktif dalam dunia hiburan tempatan.
  • PU Riz juga pernah berlakon dalam drama popular “Lelaki Kiriman Tuhan”, dan juga filem “Ada Apa Dengan Dosa” di mana kedua-dua drama dan filem ini menyentuh elemen keagamaan.
  • PU Riz merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  • PU Riz kerap mendapat jemputan dari keluarga Neelofa untuk berkongsi ilmu agama, dan sesi pembelajaran di rumah mereka.

Dua Merpati Sejoli Bakal Disatukan Pada Mac 2021 Nanti

Dikhabarkan pasangan sama padan ini bakal disatukan pada bulan Mac 2021 tahun hadapan, pastinya ramai peminat tak sabar menantikan hari bersejarah kedua merpati sejoli ini nanti.

Tahniah buat Neelofa dan PU Riz, semoga berkekal hingga Jannah-NYA InsyaAllah♥

Rujukan

The post Siapa Jejaka Yang Berjaya Bertakhta Di Hati Neelofa, Adakah… appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584