Tidak mengejutkan lagi apabila hampir setiap hari, ada sahaja berita mengenai gangguan seksual sama ada dalam kalangan orang biasa mahupun selebriti.
Seperti baru-baru ini, pelakon filem Transformers dan Honey Boy, Shia LaBeouf telah dituduh melakukan gangguan seksual dan mendera pasangannya iaitu FKA Twigs.
Hubungan mereka yang hanya bertahan selama setahun, FKA Twigs telah mengatakan Shia melakukan penderaan yang tanpa henti yang menyebabkan dia cedera secara fizikal, emosi dan mental hampir setiap hari.
Dalam pada masa yang sama, selain melakukan gangguan seksual dan mendera, Shia turut menyebarkan penyakit kelamin (STD). Dalam keadaan yang ‘sedar’, Shia turut menyembunyikannya daripada FKA Twigs.
FKA Twigs mengatakan dia tidak pernah membayangkan situasi seperti ini akan berlaku pada dirinya.
“Ketika dalam perjalanan untuk pulang daripada menyambut Hari Kekasih, Shia membawa kereta dengan laju dan hampir melanggar kereta di hadapan kami sekiranya saya tidak menyatakan rasa cinta padanya.
Kami berhenti di stesen minyak dan secara tiba-tiba dia menyerang dengan melemparkan badan saya ke arah kereta. Dia juga menjerit dan cuba mencekik saya sebelum memaksa untuk masuk ke dalam kereta,” ujar FKA Twigs
Pada awal perhubungan mereka, Shia tidak pernah menunjukkan sikap sebegini tetapi dia mula berubah apabila mula menunjukkan ‘kasih sayang yang luar biasa’.
Shia juga dikatakan menyimpan pistol dalam rumah dan kadang-kadang dia tidur bersamanya. Situasi ini membuatkan FKA Twigs berasa takut dan tidak boleh keluar daripada hubungan ini.
Selain FKA Twigs, beberapa orang wanita turut mengatakan perkara yang sama terjadi pada mereka. Tetapi Shia mengatakan beberapa tuduhan terhadapnya itu sebenarnya palsu.
Karolyn Pho
Seperti Karolyn Pho, iaitu seorang stylist mengatakan Shia telah mencabulnya sepanjang mereka dalam perhubungan.
Shia juga pernah bertindak kasar sehingga menyebabkan Karolyn dalam keadaan yang berdarah, “Shia dalam keadaan mabuk ketika dia melemparkan badan saya ke arah katil. Selepas itu, dia terus menghantukkan kepalanya kepada saya sehingga berdarah”.
Mia Goth
Menerusi sebuah rakaman video yang pendek, Mia Goth iaitu teman wanita Shia pada tahun 2015 turut menghadapi situasi yang sama. Shia memberitahu Mia situasi itu menyebabkan seseorang menjadi pendera dan bertindak kasar.
Dalam pada masa yang sama, Shia juga memberitahu salah satu orang yang melihat keadaan itu, dia akan membunuh Mia. “Jika saya terus berada di situ, tidak mustahil saya akan membunuh Mia”, ujarnya.
Sia
Sia mengatakan Shia adalah seorang yang mempunyai kebiasaan dalam berbohong atau disebut sebagai pathiological liar.
Shia telah menjalinkan hubungan dengan Sia dan kemudiannya mengaku sebagai dirinya single. Melihat kepada keadaan itu, Sia mengatakan Shia membuat sebegitu untuk menarik mangsa yang lain merasa kasihan dan mula merapatinya.
“Jika kamu mencintai dan menyayangi diri sendiri, berhati-hati dan jauhi diri daripada orang sebegitu,” ujar Sia.
I too have been hurt emotionally by Shia, a pathological liar, who conned me into an adulterous relationship claiming to be single. I believe he's very sick and have compassion for him AND his victims. Just know, if you love yourself- stay safe, stay away. https://t.co/2NNEj9w8b1
— sia (@Sia) December 13, 2020
Menerusi Instagram milik FKA Twigs, dia telah berkongsi buat pertama kali tentang hubungan toksiknya dengan Shia.
Baginya, sukar untuk keluar daripada hubungan tersebut dan berkongsi tentangnya dengan orang ramai. Walaupun dia mengambil masa yang lama untuk berkongsi, tetapi ianya adalah cara yang terbaik untuk bantu mereka yang menghadapi situasi yang sama.
“Apabila kamu berada dalam kawalan dan disalah guna oleh seseorang dalam perhubungan, kamu akan rasa tidak selamat dan seolah-olah tiada jalan keluar,” ujarnya.
Untuk pengetahuan kamu, Shia juga telah ditahan beberapa kali pada sebelum ini untuk tuduhan yang melibatkan serangan seksual, penderaan dan tingkah laku.
The post Suka Mendera Dan Lakukan Gangguan Seksual, Shia LaBeouf Sebenarnya ‘Sakit’ appeared first on Wanista.com.