Nampaknya tahun 2020 banyak orang menghabiskan masa dengan menonton pelbagai program bagi mengisi masa yang terluang. Memandangkan banyak negara berada dalam tempoh lockdown akibat pandemik Covid-19 yang mengganas, jadi dunia berhenti seketika.
Seperti yang dijangka Netflix menjadi pilihan semua orang bagi menonton pelbagai program menarik. Drama Korea atau k-drama lebih popular daripada sebelumnya di seluruh dunia – terutamanya dengan kehadiran Netflix.
Agaknya drama apa paling banyak ditonton pada tahun 2020? Adakah Itaewon Class? Crash Landing on You atau It’s Okay to Not Be Okay?
#1 It’s Okay to Not Be Okay
It’s Okay to Not Be Okay memfokuskan tentang isu kesihatan mental secara keseluruhannya mendapat tempat teratas sebagai k-drama paling banyak ditonton di Netflix untuk tahun ini.
- Foto – The Nerd Daily
Drama yang dibarisi oleh Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji juga berada di tangga ke-19 untuk rancangan TV paling banyak ditonton di Netflix 2020.
#2 Start-Up
Start-Up merupakan k-drama kedua paling banyak ditonton di Netflix.
- Foto – Facebook
Start-Up menampilkan Suzy dan Nam Joo Hyuk menunjukkan bakat masing-masing dengan cuba membangunkan syarikat sendiri step by step, sehingga menjadi usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan dan kehidupan peribadi.
#3 The King: Eternal Monarch
- Foto – Soompi
Ketiga teramai orang tonton di Netflix tahun 2020. Dibintangi oleh Lee Min Ho, Kim Go Eun, dan Lee Jung Jin, drama percintaan fantasi ini mengikuti kisah seorang raja zaman dahulu yang memasuki dunia moden Korea untuk menyelesaikan misteri.
#4 Record of Youth
- Foto – NME
Record of Youth dibintangi oleh Park Bo Gum, Park So Dam, Byeon Woo Deok dan Kwon Soo Hyun. Sinopsis drama ini menceritakan tentang tiga orang muda yang bercita-cita tinggi yang nekad untuk mengatasi keadaan dan memperjuangkan impian mereka.
#5 Crash Landing on You
Drama yang mencipta fenomena luar biasa, lakonan Hyun Bin, Son Ye Jin, Kim Jung Hyun, dan Seo Ji Hye, tentang pewaris chaebol yang diselamatkan oleh kapten Pasukan Polis Khas Korea Utara setelah secara tidak sengaja mendarat di negara itu.
- Foto – Hong Kong
Di samping popularitinya di Netflix, Crash Landing on You juga merupakan k-drama yang mendapat penilaian tertinggi ke-3 dalam sejarah TV kabel Korea.
#6 Hospital Playlist
Drama tema doktor lakonan Jo Jung Suk, Yoo Yeon Seok, Jung Kyung Ho, Kim Dae Myung, dan Jeon Mi Do. Drama ini menceritakan kisah persahabatan lima doktor dan jururawat di sebuah pusat perubatan.
- Foto – HanCinema
Hospital Playlist juga merupakan k-drama kesembilan tertinggi dalam sejarah TV kabel Korea.
#7 Was it Love?
- Foto – Soompi
Dibintangi oleh Song Ji Hyo, Son Ho Jun, Song Jong Ho, Kim Min Joon, dan Koo Ja Sung, drama percintaan tentang seorang ibu tunggal yang mendapati dirinya dikelilingi oleh empat jejaka, masing-masing dengan kualiti serta kaitan hubungan dengan masa lalunya.
#8 Mystic Pop-Up Bar
- Foto – One Hallyu Blog
Mystic Pop-Up Bar, drama supernatural tentang seorang wanita misteri, pekerja sambilan, dan bekas detektif menolong pelanggan dalam impian mereka semasa menjalankan perniagaan gerai makan.
#9 Stranger
- Foto – Jae-Ha Kim
Stranger pertama kali ditayangkan pada 10 Jun 2017, dan musim keduanya bermula pada 15 Ogos 2020. Drama jenayah tentang seorang detektif wanita yang gagah dalam menangani kes pembunuhan bersama pendakwa tanpa emosi.
#10 The World of the Married
Satu lagi drama penuh sensual penuh ketegangan, The World of the Married lakonan Kim Hee Ae, Park Hae Joon, dan Han So Hee, mengikuti kisah doktor dengan plot membalas dendam selepas mendapati suaminya curang.
- Foto – AsiaOne
Tahukah, The World of the Married merupakan k-drama dengan nilai tertinggi dalam sejarah TV kabel Korea.
Nampaknya makin banyak k-drama menguasai Netflix dari hari ke hari. Antara top 10, mana yang paling kamu suka, kiranya favorite?
The post 10 K-Drama Paling Banyak Orang Stream Di Netflix 2020 appeared first on Wanista.com.