Rindu nak tengok Putera Lesung Pipit atau Dimple Prince bersiaran? Jangan risau pada 17 Januari 2021 iaitu hari Ahad nanti, peminat boleh berkomunikasi dengan aktor pujaan secara Live di TikTok!
Pelakon k-drama ‘Start-Up’ ini bakal mengadakan fan meeting global buat pertama kali menerusi akaun TikToknya, dan pengumuman ini pastinya membuatkan ramai peminat tidak sabar untuk menemui Kim Seon Ho bersiaran.
Jadi selain dapat bertemu dengan Seon Ho secara Live di TikTok, apa lagi yang aktiviti menarik menanti peminat aktor kacak ini?
‘TikTok Stage Connect – Seon Ho’s Favorite’
@seonho__kim
Seon Ho bakal temui peminatnya secara global secara eksklusif Live di TikTok, pastinya ramai peminat Seon Ho tidak sabar menanti waktu untuk bertemu aktor kacak ini pada 17 Januari 2021 ini nanti bukan.
Bagi yang ingin bertemu dengan Seon Ho Live di TikTok, kamu perlu ikuti akaun ini:
- Untuk siaran bahasa Korea : @seonho__kim
- Untuk siaran bahasa English : @tiktok_stage
Teka Apakah Kesukaan Seon Di TikTok Nanti
- Foto – Instagram Kim Seon Ho
Sebagai peminat Seon Ho pastinya kamu ingin mencari apakah kesukaan aktor berlesung pipit ini bukan, nah menerusi pertemuan Live ini nanti kamu dapat mengenali kesukaan Seon Ho dengan lebih mendalam!
Hantar ‘Wishlist’ Dan ‘Heart’ Kepada Seon Ho
- Foto – Instagram Kim Seon Ho/TikTok Stage
Bagi yang ingin dapatkan mesej khas seperti pesanan atau ucapan khas untuk diri kamu sendiri, kamu boleh lakukannya di [SINI] dan taip jenis pesanan atau mesej yang kamu ingin Seon Ho berikan kepada kamu nanti!
Jangan Lepaskan Peluang Untuk Berduet Bersama Dimple Prince!
@tiktok_stage 2021.01.17(Sun) 20:00(KST) Meet Actor Kim Seon Ho live at #TikTokStage #틱톡스테이지 #SeonhosFavorite #선호의선호 @seonho__kim
Tahu tak kamu boleh berduet bersama Seon Ho jika kamu menghantar video sebelum 13 Januari 2021 ini, dan pemenang berpeluang membuat panggilan video bersama Seon Ho.
Pemenang akan menerima notifikasi secara terus dalam peti mesej TikTok akaun masing-masing sebelum tarikh Live bersama Seon Ho.
Jadi siapa yang geng Han Ji Pyeong bolehlah log in akaun TikTok masing-masing dan ikuti akaun TikTok rasmi Seon Ho (@seonho__kim) dan juga (@tiktok_stage) untuk bertemu aktor kacak ini pada 17 Januari 2021, Ahad jam 8.00 malam.
Tak sabar nak jumpa Prince Dimple di TikTok!
The post ‘Dimple Prince’ Kim Seon Ho Temui Peminat Live Di TikTok 17 Januari Ini! appeared first on Wanista.com.