Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Selena Gomez Bakal Undur Diri Dari Dunia Nyanyian?

$
0
0

Masih teriang-iang suara low-tempo Selena Gomez tatkala mendendangkan lagu “Lose You To Love Me”, sebuah lagu yang cukup unik dengan sentuhan Selena yang tersendiri.

Dan pada tahun 2021, wanita serba boleh ini tampil pula dengan lagu barunya yang berjudul “Baila Conmigo” yang tampil dengan gaya chic Spanish yang cukup sensual.

Wanita ayu ini tidak pernah berhenti menghasilkan sesuatu yang segar, dan cuba memberi yang terbaik menerusi penghasilan setiap lagu yang dikeluarkannya.

Tapi siapa dalam menelah apa sebenarnya yang terpendam dalam tubuh genitnya, setelah bertahun-tahun bertapak dalam industri muzik ini?

Mungkin Bakal Bersara Sebagai Penyanyi

Foto – Instagram Selena Gomez

Dalam temubual majalah Vogue bersama Selena Gomez, penyanyi berusia 29 tahun ini mengakui kemungkinan untuk bersara dari dunia muzik.

Pengakuan tersebut mengejutkan orang ramai terutama peminat Selena Gomez sendiri, dipetik dari Billboard bila mana orang ramai tidak menganggap dirinya serius sebagai penyanyi membuatkan wanita ini berfikir untuk ubah perjalanan kerjayanya.

Luah Rasa Diri Tidak Dihargai Sebagai Penyanyi

Foto – Instagram Selena Gomez

Selain itu, Selena guna meluahkan rasa tidak dihargai terhadap apa yang dilakukannya sebagai penyanyi dan terdetik di fikiran mengapa dirinya harus lakukan semua ini.

Dipetik dari majalah Vogue, Selena menyatakan lagu “Lose You To Love Me” merupakan antara lagu yang terbaik pernah dirinya keluarkan tetapi malangnya ada segelintir pihak merasakan ianya tidak cukup.

Dan itu membuatkan dirinya mula berfikir dalam-dalam mengenai kerjayanya dan cuba mencari sesuatu apa yang dirinya boleh lakukan.

Lancarkan Lagu Terakhir Sebagai Penentu Langkah Seterusnya

Foto – Instagram Selena Gomez

Dikhabarkan album yang bakal dihasilkan Selena tidak lama lagi merupakan penentu buat dirinya, sama ada akan terus bertapak dalam dunia muzik atau bersara dan fokus kepada dunia filem dan televisyen.

Apa pun jua langkah seterusnya yang Selena ambil, pasti peminat akan tetap menyokong wanita serba boleh ini dan mendoakan kejayaan buat dirinya.

Rujukan: 1, 2,

The post Selena Gomez Bakal Undur Diri Dari Dunia Nyanyian? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583