Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Netizen Korea Luah Rasa ‘Panas Hati’ Dengan BLACKPINK Rosé

$
0
0

“Siapa yang kecewa dengan album solo Rosé yang dikeluarkan dalam bahasa Inggeris?”

Lebih dari 24 jam selepas melancarkan album pertama iaitu “-R-“, BLACKPINK Rosé kini menjadi topik panas dalam netizen Korea.

Masing-masing meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap album tersebut. Ini kerana dua lagu daripada keseluruhan album itu telah dikeluarkan dalam bahasa Inggeris.

Ini Sebabnya BLACKPINK Rosé Pilih Bahasa Inggeris 

Menurut BLACKPINK Rosé, dua lagu daripada keseluruhan album solonya itu dikeluarkan dalam bahasa Inggeris kerana setiap lagu ada bahasa yang sesuai mengikut ciri-cirinya.

Foto – @roses_are_rosie (Instagram)

Seperti lagu “On The Ground” dan “Gone“, kedua-dua lagu ini sesuai dinyanyikan dalam bahasa Inggeris kerana penyampaiannya lebih ketara berbanding bahasa Korea.

“Saya juga berbelah bahagi untuk menyanyikan kedua-dua lagu ini sama ada dalam bahasa Korea atau bahasa Inggeris. Tetapi kedua-duanya sememangnya lebih sesuai dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris sama seperti tajuknya.”

Sebelum melancarkan album “-R-“, BLACKPINK Rosé meluahkan rasa bimbangnya mengenai dua lagu yang dikeluarkan dalam bahasa Inggeris.

“Saya bimbang apabila fikir tentangnya. Tetapi penting juga untuk saya persembahkan lagu yang membuatkan saya rasa puas hati ketika menyanyikannya.”

Pada masa yang sama, dia juga menyatakan album solonya ini merupakan satu perjalanannya yang baharu yang dilakukan tanpa ahli BLACKPINK yang lain.

Foto – YouTube

Selain itu, BLACKPINK Rose juga menyatakan ada beberapa pihak terkejut dengan pemilihannya iaitu tidak membawa sebarang lagu mengenai percintaan untuk debut solonya.

Baginya album solonya yang pertama ini perlulah sesuatu yang mengingatkan dia mengenai apa yang diperlukan dalam hidup sebenarnya sudah ada dalam dirinya.

Masing-Masing Kecewa Dan Rasa Tak Puas Hati 

Walaupun BLACKPINK Rosé telah memberikan penjelasan mengenai kedua-dua lagunya itu, tetapi netizen Korea tetap tidak menghiraukannya.

Malah mereka masih menyatakan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka melalu komuniti dalam talian.

Foto – YouTube

“Saya rasa kecewa sangat dengan album solonya. Saya faham lagu “Gone” dikeluarkan dalam bahasa Inggeris. Tetapi bila dengar lagu “On The Ground” ia juga dalam bahasa yang sama.”

“Saya mahu mendengar suara Rosé menyanyi dalam bahasa Korea. Lagu itu membuatkan saya agak kecewa.”

“Saya rasa dia lebih fikirkan peminat antarabangsa berbanding dengan peminat Korea.”

Selain itu ada juga beberapa pengguna lain menyatakan mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dan kedua-dua lagu tersebut tidak boleh membuatkan mereka berasa dekat dan memahami apa yang BLACKPINK Rosé sampaikan.

Kamu pula bagaimana, sudah dengar lagu terbaru BLACKPINK Rosé?

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Netizen Korea Luah Rasa ‘Panas Hati’ Dengan BLACKPINK Rosé appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583