Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Demi Lovato Buka Kisah Dirogol Oleh Aktor Ketika Umur 15 Tahun

$
0
0

Dipalit dengan pelbagai kontroversi seperti ketagihan dadah dan tingkah laku, Demi Lovato bakal mengejutkan orang ramai mengenai kisah gelapnya.

Menerusi sebuah dokumentari Demi Lovato: Dancing With The Evil, Demi membuka kisahnya yang diserang secara seksual oleh seorang aktor ketika bekerja bersama Disney Channel.

“Kesucian saya hilang ketika dirogol”

Mengambil masa yang lama untuk pulih daripada traumanya, Demi mengatakan situasi itu berlaku ketika dia berusia 15 tahun.

“Sebulan selepas situasi itu berlaku, saya memanggil kembali aktor tersebut untuk membetulkan keadaan. Tetapi semuanya membuatkan saya merasa lebih teruk.”

Ketika itu dia sedang bekerja bersama Disney Channel untuk membintangi watak utama dalam siri “Camp Rock” dan “Sonny With A Chance“.

Foto – Pinterest

Pada awalnya, dia ‘bersama’ dengan aktor tersebut tetapi segera menghentikannya kerana berasa tidak selesa. Dalam situasi itu juga, Demi menjelaskan kepada aktor tersebut bahawa dia masih lagi mempunyai dara dan tidak mahu kehilangannya dalam cara ini.

“Walaupun dia tahu saya masih dara, dia tetap meneruskan perkara itu. Dia tidak kisah tentang apa yang saya rasa dan hadapi.”

Selepas kejadian itu, dia menyatakan rasa kesalnya kerana terlalu naif mengikut dan termakan pujukan aktor tersebut untuk masuk ke dalam sebuah bilik ketika itu.

Pengedar Dadah Pun Ambil Kesempatan!

Beberapa tahun selepas itu, Demi sekali lagi diganggu secara seksual oleh pengedar dadahnya. Ketika kejadian berlaku, dia mengalami ketagihan yang melampau disebabkan oleh dadah yang diberi tanpa pengetahuannya.

Apabila melihat Demi tidak sedar dan masih dalam dunia ketagihannya, pengedar dadahnya mengambil kesempatan untuk merogolnya. Kemudiannya, Demi dibiarkan secara bersendirian ‘mati’ dalam overdose dadah pada tahun 2018.

Foto – Pinterest / YouTube

“Doktor mengatakan saya hanya ada peluang untuk hidup selama 5 minit sehingga 10 minit jika tidak dirawat dengan segera.”

Kesan daripada ketagihan dadah ketika itu, Demi telah mengalami tiga strok, serangan jantung dan kerosakan otak. Pada masa yang sama, dia telah menghabiskan masa berminggu-minggu di pusat pemulihan.

Setelah sembuh daripada penyakitnya, ketagihan Demi dirawat apabila dia mengikuti ‘kursus pemulihan’ selama 6 tahun untuk pulih dan kembali seperti orang yang normal.

“Mereka tak pernah menghadapi masalah kerana saya pilih untuk diam”

“Kisah #MeToo saya pula, saya tidak pernah memberitahu sesiapa. Dan mereka pula tidak pernah mengalami sebarang masalah berkaitan dengan kejadian itu.”

Menerusi Variety, Demi mengatakan pelaku-pelakunya tidak pernah terkena sebarang masalah kerana dia memilih untuk diam walaupun dia mahu bercakap tentangnya.

Foto – The Guardian

Walaupun dia tidak mendedahkan identiti pelakunya, tetapi dia mengatakan dirinya mengenali individu tersebut dan terpaksa ‘melihat’ individu itu sepanjang masa.

Rentetan daripada kejadian itu, Demi tidak memberikan sebarang perincian mengenai tarikh atau lokasi di mana situasi rogol itu berlaku. Dan dia hanya mengatakan kejadian itu terjadi ketika dia bekerja bersama Disney dan menghadapi overdose.

Untuk pengetahuan kamu, dokumentari Demi Lovato: Dancing With The Devil akan ditayangkan di YouTube.

 

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Demi Lovato Buka Kisah Dirogol Oleh Aktor Ketika Umur 15 Tahun appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583