Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Nampak Lain Sangat, Zac Efron Buat Pembedahan Plastik?

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Muncul dalam video pendek Earth Day, penampilan terkini Zac Efron memang menarik perhatian orang ramai.

“Perasan tak muka Zac Efron macam berubah?”, “adakah aktor tersebut melakukan pembedahan plastik?”, “atau dia menggunkan filler pada bibir?”, “dan apa yang jadi pada rahangnya?!”

Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran orang ramai. Bukan apa, kalau dibandingkan dengan sebelum ini memang jauh beza wajahnya. Sangat lain.

Kalau kamu nak tahu lebih lanjut sama ada aktor ini lakukan pembedahan plastik atau tidak,  Wanista akan kongsikan dengan kamu dalam entri kali ini.

Memang lain sangat bentuk wajahnya

Menerusi video pendek tersebut, wajah aktor itu kelihatan berubah bentuk. Dari garis rahang yang lebih menonjol dan ketara kepada bibir yang lebih besar.

Melihatkan perubahan bentuk wajah Zac, ramai pengguna sosial media mula membuat spekulasi bahawa aktor itu mungkin menjalani pembedahan kosmetik.

Lihat apa pakar ulas mengenainya 

Dipetik dari Insider, pakar dermatologi iaitu Dr. Muneeb Shah mengatakan sukar untuk bercakap dengan tepat mengenai prosedur yang dilakukan oleh Zac sekiranya ada.

“Memang bahagian rahang, dagu dan bibir kelihatan menonjol. Nak dapatkan bentuk begini, kamu akan memerlukan implan, dermal filler atau penggunaan steroid/HGH.”

Malah Dr. Muneeb juga menyatakan Zac berkemungkinan melakukan pembedahan pergigian seperti apa yang dikatakan oleh sesetengah orang.

Selain itu di TikTok pula, seorang pakar pembedahan plastik, Dr. Anthony Youn memberitahu bahawa wajah Zac menjadi lain mungkin disebabkan oleh mencabut keluar gigi gerahamnya.

“Saya sebenarnya rasakan dia menjalani pembedahan pergigian dan bukannya pembedahan plastik. Jadi sebab itulah wajahnya menjadi bengkak di kawasan tersebut”.

@tonyyounmd

#duet with @ashleysonlin What Happened to Zac Efron’s Face! #zacefron #botox #wisdomteeth #wisdomteethremoval #doctorreacts

♬ Blade Runner 2049 – Synthwave Goose

Ramai yang ‘lindungi’ Zac Efron daripada buli siber 

Di Twitter, kebanyakan pengguna mula mengecam tindakan mereka yang mengkritik penampilan dan bentuk wajah Zac.

Malah mereka mula melindungi dia apabila ramai yang mula highlight pencapaian terbesar dan sumbangan aktor tersebut.

Sehingga sekarang Zac Efron tidak memberikan sebarang pernyataan mengenainya walaupun namanya menjadi top search di media sosial.

Walaupun wajahnya berubah bentuk tetapi sebagai peminat atau pun bukan, kita tidak mempunyai hak untuk persoalkannya tanpa mengetahui hal yang sebenar.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Nampak Lain Sangat, Zac Efron Buat Pembedahan Plastik? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles