
Cuba DM crush yang kamu suka, mana tahu ada jodoh. Orang kata kalau ada jodoh tak ke mana, yang penting usaha.
Ingatkan orang biasa saja yang layan private message di media sosial, artis pun sama naik. Dalam diam akaun mereka dikirimnya mesej salam perkenalan, maniskan.
Tak nak cerita banyak, berikut beberapa selebriti yang berkongsi kisah perkenalan mereka dengan pasangan tercinta melalui media sosial.
Priyanka Chopra
Bila ditanya bagaimana titik pertemuan royal couple Priyanka Chopra dan Nick Jonas, Priyanka kata Nick yang mulakan langkah.
- Foto – Billboard
Nick membuat langkah pertama dengan DM twitter Priyanka. Dia sent mesej pertama pada bulan September 2016, dan Priyanka membalas mesej dan memintanya untuk menghantar SMS kepadanya. Dan begitulah dia mendapat nombornya.
Sarah Hyland
- Foto – Eonline
Bintang Modern Family bertemu dengan pasangannya Wells Adams di Twitter pada tahun 2017. Kata Sarah, Well sendiri yang DM-nya. Mereka DM, pesanan teks, voice memo dan FaceTime sebelum kedua-duanya bertemu secara realiti dan keluar date.
Mandy Moore
- Foto – People
Mandy Moore bertemu dengan suaminya pemuzik Taylor Goldsmith melalui Instagram. Ceritanya Mandy Moore merupakan peminat kumpulan Goldsmith, mengambil gambar album dan post di Instagram. Siapa sangka Taylor melihatnya dan mengirim nota kepada Mandy.
Sophie Turner
Jadi trend adik beradik Jonas agaknya. Dalam satu temu bual, bintang Game of Thrones, Sophie Turner menjelaskan bahawa Joe Jonas yang mengambil langkah pertama dan mengirimnya DM.
- Foto – Instagram
“Kami salah mengikuti di Instagram, dan dia menghantar saya inbox suatu hari entah dari mana, itulah permulaan kami,” jelasnya.
Selebriti, mereka pun sama seperti kita, terjebak dalam online dating sampaikan ke jinjang perkahwinan.
Sweet-kan!
The post Temui Jodoh Di Media Sosial, Aktres Cantik Ini Kongsi Kisah Cinta appeared first on Wanista.com.