
Penyanyi popular antarabangsa biasanya akan menjelajah untuk membuat persembahan di seluruh dunia. Akan tetapi, ini tidak bermakna mereka bebas untuk membuat persembahan di mana-mana negara sahaja tanpa perlu melalui proses penapisan.
Menurut The World, berikut adalah senarai beberapa penyanyi wanita popular bertaraf dunia yang diharamkan membuat persembahan di negara-negara lain.
Beyoncé
- Foto: Instagram @beyonce
Beyonce pernah diharamkan untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 2007. Ini kerana penyanyi itu sering memakai pakaian menjolok mata dan melakukan tarian seksi yang dikira tidak bermoral.
Miley Cyrus
- Foto: Instagram @mileycyrus
China telah mengharamkan Miley Cyrus ke negara itu kerana telah memuat naik satu gambar berbaur perkauman apabila membuat gaya “mata sepet” bersama rakan-rakannya. Dia kemudian memohon maaf dengan mengatakan hanya bergurau.
Menurut The World, kerajaan China juga mengharamkan sebarang siaran TV, filem atau penjualan barangan berkaitan Miley.
Lady Gaga
- Foto: Instagram @ladygaga
Lady Gaga telah diharamkan di Indonesia pada tahun 2012 kerana sering berpakaian menjolok mata dan dikhuatiri boleh meruntuhkan moral penduduk negara majoriti Muslim itu.
Menurut The World, Lady Gaga turut diharamkan di Rusia kerana menyokong hak LGBT.
Selena Gomez
- via The Indian Face
Visa Selena Gomez telah dibatalkan oleh Rusia ketika dia dijadualkan untuk membuat persembahan di Istana Ais di St. Petersburg. Visanya dibatalkan kerana Selena menyokong hak asasi LGBT.
Sebenarnya ramai lagi penyanyi, pelakon dan selebriti popular yang diharamkan memasuki negara-negara tertentu atas pelbagai sebab. Walaupun mereka terkenal dan diminati ramai, ini tidak bermakna mereka boleh berbuat apa sahaja sewenang-wenangnya.
The post Terlalu Seksi? Alasan 4 Penyanyi Wanita Antarabangsa Ini Diharamkan Oleh Beberapa Negara appeared first on Wanista.com.