
Baru-baru ini Kim Kardashian telah membuka rancangan Saturday Night Live (SNL) dengan monolognya mengenai OJ Simpson, keluarganya dan Kanye West.
Kemudian Kim turut tampil dalam sketsa Aladdin di SNL sebagai Puteri Jasmine manakala Pete Davidson sebagai Aladdin. Mengejutkan orang ramai, sketsa ini memaparkan adegan ciuman di antara mereka berdua.
Melihatkan adegan tersebut, bekas suami Kim iaitu Kanye West turut memberi respon;
Pete Davidson Cium Kim Kardashian Secara Live
Tampil di sketsa Aladdin dalam SNL, Kim telah membintangi drama komedi dengan Pete Davidson. Pasangan ini berpakaian sebagai Puteri Jasmine dan Aladdin dan menaiki permaidani ajaib.
Dia kemudiannya mengeluh mengenai saiz alat sulitnya dan mendedahkan ketakutannya untuk melakukan hubungan seks dengan Puteri Jasmine.
Wouldn’t call it “doing sex,” Aladdin pic.twitter.com/bX6bDNqHLt
— Saturday Night Live – SNL (@nbcsnl) October 10, 2021
Mahu menyelesaikan masalah tersebut, Aladdin meminta bantuan Genie untuk besarkan alat sulitnya. Setelah masalahnya selesai, Aladdin dan Puteri Jasmine bercium sebagai tanda sketsa itu sudah berakhir.
Kanye West Beri Respon
Selepas adegan tersebut tular, Kanye kemudiannya memberi respon peribadi yang mengejutkan orang ramai. Dipetik daripada The Sun, Kanye tidak berasa marah atau kecewa dengan adegan tersebut.
Dia juga mendedahkan Kim telah memberitahunya terlebih dahulu sebelum SNL berlangsung. Malah Kanye menganggap adegan tersebut sebagai gurauan semata-mata.
“Kanye tidak ada sebarang perasaan sakit hati tentang Kim mencium Pete Davidson. Dia telah memberitahunya sebelum rancangan itu dan dia anggap itu adalah gurauan”, sumber.
The post Pete Davidson Cium Kim Kardashian Di SNL, Respon Kanye West Mengejutkan! appeared first on Wanista.com.