
“Apa yang merah-merah tu? Hickey ke?”
Terbaru, netizen mula memerhatikan hubungan di antara Kim Kardashian dan Pete Davidson. Selepas muncul dalam sketsa pendek di Saturday Night Live (SNL), Kim dan Pete didakwa telah menjadi lebih rapat dan intim.
Gambar mengenai kedua-dua selebriti mula tersebar apabila mereka didakwa menghabiskan masa bersama.
Walaupun ramai yang shipped dan approved hubungan tersebut, namun netizen mula perasan ada yang pelik pada Pete iaitu kesan gigitan (hickey) di lehernya.
Kim Kardashian ‘Tanda’ Pete Davidson?
Tidak teragak-agak untuk menayangkan kemesraan di khalayak ramai, Kim dan Pete menikmati makan malam bersama di sebuah restoran Itali di Santa Monica, California.
Kim dilihat memakai black leather skirt yang dipadankan dengan black top, leather sleeves dan topi besbol. Manakala Pete memakai seluar jeans, T-shirt hijau, zip-up jacket dan topi besbol.
Tersebarnya gambar mereka berpegangan tangan keluar dari restoran tersebut membuatkan netizen fokus pada bahagian leher Pete. Tanda merah yang jelas di leher Pete merujuk kepada Kim telah meninggalkan kesan gigitan ketika makan malam bersama.
Malah tanda hickey tersebut membuatkan ramai yang mendakwa selebriti ini serius dalam menjalinkan hubungan yang lebih jauh.
“Hickey?!”- Kanye West Respon Nak Rujuk Semula
Dipetik daripada US Magazine, Kanye atau nama barunya Ye mendakwa dia tidak menerima sebarang notis dan belum bercerai secara rasmi dengan Kim.
“Dalam hubungan ini, kami telah membuat kesilapan. Saya telah membuat kesilapan. Saya secara terbuka telah melakukan perkara yang tidak boleh diterima sebagai suami.”
Penyanyi rap ini juga mengaku tidak akan dan mahu bercerai dengan isterinya. Malah dia mahu berbaik dan rujuk semula perhubungannya dengan Kim.
The post Kim Kardashian ‘Tanda’ Pete Davidson Di Leher, Kanye West Pula Respon Nak Rujuk Semula? appeared first on Wanista.com.