
Satu lagi drama Korea terbitan Netflix bakal menemui anda semua. ‘The Silent Sea’ menjanjikan kelainan dari k-drama yang lain, dan berikut beberapa sebab kenapa kamu kena tonton.
Sebelum kita bercerita lebih jauh lagi, Wanista ceritakan serba sedikit sedikit background drama ini. The Silent Sea mengikuti cerita pasukan elit dalam misi khas ke pusat penyelidikan di bulan.
Siri ini terhasil daripada filem pendek asal arahan Choi Hang-Kong, bertajuk The Sea of Tranquility, yang mendapat pujian kerana plotnya yang tidak dapat diramal tentang pangkalan penyelidikan terbengkalai di bulan.
Jadi, kenapa kita kena tonton?
The Silent Sea Merupakan Siri Misteri Korea Pertama Berlatarkan Bulan
The Silent Sea menampilkan visual yang berkuasa dan realistik, daripada bulan yang tidak dikenali dan pangkalan penyelidikan yang terletak di atasnya, kepada imej bumi.
- Foto – Netflix
Menurut penerbit Jung Woo-sung, “semuanya adalah cabaran baharu” untuk The Silent Sea menjadi bulan, yang memerlukan banyak masa dan usaha.
Cabaran dalam menggambarkan bulan dan permukaan, yang tidak pernah dilakukan mana-mana drama Korea sebelum ini. Produksi mengkaji data dan imej yang dikeluarkan oleh NASA untuk menggambarkan tekstur permukaan bulan, dan mencipta semula latar belakang berbeza yang diperlukan untuk setiap adegan.
Barisan Pelakon Yang Cemerlang
Tak lengkap tanpa barisan pelakon yang ‘menyedapkan’ lagi sebuah drama. Himpunan pelakon berpengalaman dalam The Silent Sea merungkai satu lagi elemen yang dinantikan.
- Foto – Netflix
Bae Doona dan Gong Yoo, tunjang utama menjadi ahli astrologi Song Jian dan ketua pasukan Han Yunjae. Ketegangan semakin memuncak dengan konflik antara Song Jian, yang berusaha untuk menggali kebenaran Balhae Lunar Research Station, dan Han Yunjae, yang matlamatnya hanya untuk menyelesaikan misi pulang ke rumah.
Setiap pelakon dikehendaki berlatih tanpa henti sebelum penggambaran untuk menggambarkan pergerakan graviti sifar dan graviti rendah di bulan. Berat setiap pergerakan adalah berbeza bergantung pada tahap graviti, menambah pengalaman terperinci dan mengasyikkan.
Anda boleh streaming The Silent Sea bermula 24 Disember ini, hanya di Netflix.
The post Lain Dari Yang Lain, 2 Sebab Kamu Kena Tonton K-Drama ‘The Silent Sea’ Lakonan Gong Yoo appeared first on Wanista.com.