Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Disoal Tentang Sambutan Krismas Di London, Ini Kata Ezurin Khyra Pada Netizen

$
0
0

Sosialit dan ikon fesyen terkenal iaitu Ezurin Khyra baru-baru ini telah disoal oleh netizen selepas melihatnya menyambut perayaan Hari Krismas.

Dipetik daripada Murai My, Ezurin sering berinteraksi dengan pengikutnya di Instagram. Malah apabila ditanyakan tentang sambutan Hari Krismasnya, Ezurin mendedahkan dia menyambut perayaan itu bersama keluarganya.

“Adakah kamu menyambut Krismas”, tanya netizen.

“Hanya di London kerana semuanya ditutup di sini”, balas Ezurin.

Foto – @ezurinkhyra (IG)

Dedahnya dia hanya menyambut Hari Krismas di rumah sahaja memandangkan peningkatan kes COVID-19 semakin tinggi dan kebanyakan tempat ditutup.

Tambah Ezurin lagi sambutan Hari Krismas pada tahun ini membuatkan dia lebih teruja. Ini kerana dia dapat makan bersama-sama dengan keluarganya memandangkan anak-anaknya sedang bercuti sekolah.

Foto – @ezurinkhyra (IG)

Seperti yang diketahui ramai, Ezurin Khyra dan keluarganya berada di London kerana anak-anaknya sedang bersekolah di sana.

The post Disoal Tentang Sambutan Krismas Di London, Ini Kata Ezurin Khyra Pada Netizen appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584