
“Betul ke siri The Silent Sea tak best? Kalau lihat pada review, kebanyakan lebih negatif daripada positif, dah kenapa?”
Berbekalkan barisan pelakon yang berpengalaman, set visual menakjubkan dan plot, penonton menjangkakan ‘The Silent Sea’ akan meraih kejayaan seperti ‘Squid Game’ dan ‘Hellbound’. Tapi sayangnya, reaksi penonton lebih pada negatif berbanding positif.
South China Morning Post, memberi siri ini dua daripada lima bintang, dengan berani menyelar “salah satu siri paling teruk tahun ini.”
Dipetik dari Variety, mengkritik siri ini kerana rentaknya yang lemah dan perlahan. The Silent Sea membentangkan banyak perkara, tetapi tiada satu pun yang berkembang dengan baik.
Ini Respon Gong Yoo Pada Reaksi Negatif The Silent Sea
Bintang utama The Silent Sea, Gong Yoo mengakui dalam dia telah menjangkakan reaksi tersebut sebelum ia keluar lagi.
- Foto – Netflix
“Saya tahu bahawa sesetengah orang akan menyukainya dan sesetengah orang akan membencinya. Saya fikir terdapat banyak perspektif berbeza pada drama itu, sama ada ia saintifik atau penyiasatan sejarah. Sudah tentu, terdapat bahagian yang kurang, dan saya sudah menjangkakan perkara itu.”
Aktor hebat ini tetap berpegang teguh dan menggelarkan projek itu sebagai ‘langkah pertama yang cemerlang’ untuk membangunkan lebih banyak rancangan sci-fi ankas Korea pada masa hadapan.
“Ramai orang menonton dari perspektif yang berbeza, tetapi saya menganggap perspektif yang pelbagai itu sebagai menarik lebih banyak minat dalam drama, jadi saya bersyukur,” telas Gong Yoo.
Apa kata anda tentang The Silent Sea? Best ke biasa-biasa?
The post Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea” appeared first on Wanista.com.