Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Meghan Markle Suntik Wajah? Garis Dahi Licin & Mata Pula Lebih Seksi..

$
0
0

Ternyata Meghan Markle tidak hadir pada hari pertabalan Raja Charles III dan pada DIVA itu langkah yang terbaik daripada terus menerus jadi hentam tabloid British. Pun begitu Duchess of Sussex itu kian aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan terlihat lebih fokus pada keluarga yang kini menetap di Amerika Syarikat.

Jarang sekali melihat kelibat wanita berdarah campuran, namun baru-baru ini Meghan muncul dalam satu video khas bersama TED Talk. Dalam video tersebut Meghan memperkenalkan jurugambar professional terkenal, Misan Harriman. Seperti biasa, mata-mata peminat menangkap wajah Meghan yang begitu berseri dan kelihatan sedikit berbeza.

Meghan Markle hadir dalam stail rambut lurus, solekan minimalis dan pilihan warna bibir yang mencipta aura musim bunga-panas. Walaupun durasi video tersebut tidak sampai 60 saat, ramai yang menyelar Meghan telah melakukan sesuatu pada wajahnya.

Bahagian dahi dan pipi dikatakan disuntik botox, kerana terlihat begitu licin. Manakala bentuk mata pula ramai yang mengandaikan isteri kepada Putera Harry ini melakukan foxy-eyes. Biarpun wujud andaian Meghan ‘mengubah’ wajah, ada juga yang berpendapat video tersebut telah ditambah filter.

Foto – Harper’s Bazaar

Bukan hendak menangkan Meghan, anda dapat lihat sendiri video tersebut seperti ditambah filter ‘soft mist’. Sementara itu, bahagian mata pula Meghan memakai bulu mata palsu ‘feather’ yang lebih lebat pada bahagian hujung mata.

Foto – GB Nation

Apa pendapat anda tentang ‘perubahan’ Meghan ini? Memang dia suntik wajah atau petanda dia sudah move on dan pilih untuk glowing!

The post Meghan Markle Suntik Wajah? Garis Dahi Licin & Mata Pula Lebih Seksi.. appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles