Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Dress Audrey Hepburn Dalam Filem ‘Breakfast At Tiffany’ Sedia Untuk Dilelong

$
0
0

Satu lagi karya agung Hollywood menjadi ‘mangsa’ lelong iaitu busana merah jambu milik aktress lagenda Audrey Hepburn. Dress comel ini dilelong melalui Julien’s Auction bersempena program lelongan “Legends: Hollywood & Royalty”.

Menarik tentang baju ini, ia adalah kustom khas rekaan Givenchy dan Audrey Hepburn sendiri untuk filem “Breakfast At Tiffany”. Selain dress hitam, baju merah jambu ini juga merupakan masterpiece Hubert de Givenchy. Kalau diber pilihan kedua, sudah tentu dress merah jambu ini mengenangkan kita semua pada watak Holly Golightly.

Foto – Harper’s Bazaar Australia

Sebenarnya baju ini sudah pernah dilelong menerusi Christie’s pada tahun 2007. Bidaan yang diterima sekitar $192,000. Namun kini baju glamour pink muncul semula untuk dilelong kerana harga kustom-kustom khas dalam filem lama meningkat. Senang cerita memang boleh buat untung kepada pemilik!

Rekaan baju ini cukup ringkas dengan potongan skirt paras lutut dan tidak berlengan. Pun begitu pilihan warna hot pink dan fabrik organza membuatkan baju ini bergemelipan jika terkena cahaya. Ditambah pula dengan taburan sulaman ‘jumbaian’ berwarna emas.

Foto – Instagram Diet Prada

Tapi DIVA tak tipu, keadaan baju ini pada pendapat DIVA seperti lesu kerana sudah lama tidak dijaga dengan baik. Warna fabrik tidak lagi berseri dan terdapat bahagian yang sudah rosak.

Kebarangkalian untuk mendapat bidaan yang tinggi mungkin jadi harapan. Iyalah, jikalau sebelum ini baju Audrey Hepburn dalam dalam filem “My Fair Lady” dijual pada $4.4 juta pada tahun 2017. Adakah baju merah jambu ini dapat menandingi?

Foto – Entertaiment Tonight

Tinjauan DIVA melihat reaksi netizen juga terkejut dengan lelongan ini. Ada juga yang berseloroh supaya Kim Kardashian tidak membeli baju ini. Ramai yang begitu ‘trauma’ dengan apa yang terjadi pada baju Marylin Monroe yang digayakan Kim K pada Met Gala yang lalu.

Foto – The Times of India

Apa pun semua berharap tuan baharu baju merah jambu Audrey Hepburn ini dapat menjaganya dengan baik. Paling tidak pun kembalikan semula seri rekaan dan perincian pada baju ini.

Foto – Pinterest

Ah sayangnya! 

The post Dress Audrey Hepburn Dalam Filem ‘Breakfast At Tiffany’ Sedia Untuk Dilelong appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles