Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593

Membanggakan Peminat K-Pop! Blackpink Terima Anugerah Dari Raja Charles III

$
0
0

Berita kali ini sudah tentu membanggakan seluruh peminat muzik K-Pop!

Semalam, kumpulan idol terkemuka Blackpink menerima anugerah pengiktirafan dari Raja Charles III kerana kumpulan superstar ini menyokong dan membantu mempromosi COP26 iaitu sebuah kempen yang membicarakan tentang permasalahan perubahan cuaca.

Raja Charles III dengan berbesar hati menganugerahkan pingat Members of the Order of the British Empire (MBE) kepada mereka. Baginda juga memuji dengan usaha kumpulan ini;

“I can only admire how they can prioritize these vital issues, as well as being global superstars.” – Raja Charles III

Blackpink dijemput ke Buckhing Palace untuk menerima sendiri pingat MBE dari tangan Raja Charles III. Ketiga-tiga idol itu terlihat anggun dan sopan dalam pakaian formal masing-masing.

Foto – Reuters

Lisa memilih untuk memakai dress dan cape dari jenama Thailand, Asava. Manakala Rose bergaya dengan suit warna kelabu dari Saint Laurent. Jennie seperti biasa si gadis Chanel dan Jisoo dari Dior bergandingan rona hitam.

Foto – Reuters

Sesi penganugerahan ini juga disaksikan oleh Presiden Korea Selatan dan isteri. Ia satu momen terbesar bukan sahaja pada industri hiburan Korea Selatan, malah juga buat negara. Seperti kita tahu, perkembangan muzik K-Pop banyak membuka peluang ekonomi dan juga memperkenalkan budaya Korea di mata masyarakat dunia.

Pada sebelah petang pula, Blackpink juga menghadiri makan malam gala di Buckhingam Palace sebagai menyambut lawatan terhormat Presiden Korea Selatan dan isteri. Seperti biasa, pilihan fesyen Blackpink menjadi tumpuan peminat setia. Bukan itu sahaja momen-momen Blackpink berinteraksi bersama Raja Charles III menjadi tular di media sosial.

Foto – Independent

Tahniah buat Blackpink dan begitu juga buat peminat setia mereka!

The post Membanggakan Peminat K-Pop! Blackpink Terima Anugerah Dari Raja Charles III appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1593