Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Jisoo BlackPink Mengaku Dulu Tak Cantik, Diejek Keluarga Wajah Seperti ‘Monyet’

$
0
0

Alahai kesian betul pada Jisoo…

Siapa sangka Jisoo yang kini diantara wanita tercantik di dunia, pernah diejek oleh keluarga seperti monyet. Pada DIVA itu amat kejam apatah lagi dia hanya seorang kanak-kanak ketika itu. Dalam temubual sebelum ini, Jisoo pernah cerita dia sering diperkecilkan kerana tidak secomel seperti abang dan kakaknya.

Jisoo kanak-kanak
Foto – Pinterest

“My relatives treated me as an outsider, because I used to be very ugly. They used to call me ‘monkey’,” – Jisoo

Dalam temubual terbaru di Youtube Hyeri, Jisoo mengaku sekali lagi dia tidak pernah merasa dirinya cantik. Terutamanya menjadi gadis popular ketika sekolah menengah rendah. Jisoo juga berkongsi gaya rambutnya ketika itu seperti kimbap segitiga!

Namun setelah meningkat dewasa, Jisoo mula bijak bereksperimen dengan fesyen dan solekan. Memasuki alam sekolah menengah tinggi, baru Jisoo menjadi perhatian dari peminat rahsia disekolah.

Foto – Pinterest

Walaupun kini Jisoo tersohor dengan bakat dan kecantikan aslinya. Dia sentiasa merendah diri dan selalu ingat dimana bumi berpijak. Salute!

Bagi DIVA tidak patut mengejek sesiapun atas kerana rupa atau kekurangan mereka. Cantik itu subjektif.

The post Jisoo BlackPink Mengaku Dulu Tak Cantik, Diejek Keluarga Wajah Seperti ‘Monyet’ appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584