
Sekali lagi pasangan yang digelar Bennifer ini berpisah dan mungkin untuk selama-lamanya? Sejak pelbagai khabar angin tentang filem dan rancangan konsert Jennifer Lopez yang gagal. Kini, berita tentang perceraian pula harus dihadam oleh pasangan ini. Nampaknya tahun ini bukan tahun untuk Jennifer Lopez, bertimpa-timpa dugaan yang harus dihadapi.
Hampir sahaja menguasai usia dua tahun perkahwinan, JLo dan Ben Affleck mengambil keputusan membawa haluan sendiri. Ternyata JLo sudah menfailkan perceraian pada 20 Ogos lalu dan dikhabarkan mereka berdua sudah tidak dilihat bersama sejak khabar angin perceraian bertiup. Peminat, malah pihak media hiburan masih tidak dapat mengetahui punca perpisahan antara mereka berdua. Pun begitu, ramai yang berpendapat sikap Jennifer yang gemar mendedahkan sisi privasi hubungan mereka. Berbeza dengan Ben Affleck yang lebih banyak berdiam dan menghargai intimasi.
@iambdolan When J-Lo Showed Her Entire Staff Ben Afflecks Love Letters for Content Farming | bdolanofficial on #Twitch
Mana tidaknya, dalam dokumentari This Me…Now penyanyi berusia 55 tahun ini mendedahkan surat-surat cinta Ben kepada kumpulan pemuziknya. Reaksi Ben tampak kecewa dengan tindakan isterinya dan dalam dokumentari tersebut terlihat dua perbezaan watak dari mereka. Namun, dalam sumber-sumber yang lain dari majalah PEOPLE menunjukkan Jennifer Lopez sudah tidak terdaya menjaga hubungan perkahwinan ini.
“She’s very disappointed and sad, but Ben hasn’t given her any signs that he wants to continue their marriage,” – sumber PEOPLE
Apa yang mengejutkan ramai dengan berita ini juga ialah tentang rupanya mereka berdua tidak menandatangani sebarang perjanjian pranikah atau prenup. Ini bermakna sebarang harta sepencarian mereka tidak akan diterima oleh Jennifer atau Ben. Mungkin akan diserahkan kepada pihak komuniti atau perundangan? Apa pun, sebahagian dari warganet tidak hairan kerana dua selebriti ini sudah mampu bergelar jutawan. Jadi tidak mempunyai sebarang prenup bukan masalah yang besar.

Siapa sangka, pasangan paling hangat dan popular Hollywood sejak 20 tahun lalu yang melalui pelbagai gelodak untuk kembali bersama. Akhirnya berpisah lagi! Bagi Miss Murai, soal jodoh dan maut sememangnya misteri dan tidak mampu dipertikai dengan akal fikiran sendiri. Pada pihak Jennifer Lopez mahupun Ben Affleck pasti ada kisah masing-masing. Mereka sudah diberi peluang kedua, menikmatinya dan sampai masanya wujud juga kata penamat.

Nampaknya Bennifer hanya tinggal kenangan dan cinta sejati mungkin mitos?
The post Riwayat Cinta Jennifer Lopez & Ben Affleck Berakhir, Keputusan Ingin Bercerai Muktamad! appeared first on Miss Murai.