Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

5 Lagu Tentang #Girlpower Perempuan Patut Dengar

$
0
0

Putus Cinta memang sakit tapi lagi sakit kalau kamu terus menangisi episod hitam.

Tahukah kamu mendengar muzik secara semulajadi melegakan tekanan, dan apabila dilakukan dalam persekitaran sesi terapi yang terkawal, ia boleh menurunkan tahap hormon tekanan di dalam badan dan membantu seseorang mengawal mood dengan lebih baik.

Untuk itu, Wanista kongsikan beberapa lagu yang patut kamu kaum hawa dengar dan bangkit dari kisah cinta toksik yang merepek.

Dengarkan…

Jennie – Solo

Di bahagian chorus, Jennie menekankan bahawa “I’m a shining solo” – sekaligus menunjukkan dia boleh hidup tanpa insan bernama lelaki.

2NE1 – I’m The Best

Tidak lengkap rasanya tanpa lagu hit dari 2NEI! Empat wanita ini adalah yang terbaik dan lagu mereka sahaja memartabatkan wanita.

Miss A – Bad Girl, Good Girl

Awal lirik “you don’t know me, you don’t know me”.. so shut up boy” menunjukkan janganlah kita nak menghakimi seseorang tanpa mengenalinya. Tidak salah menjadi seorang yang berkeyakinan, seksi, gorgeous, berani…

Dua Lipa – IDGAF

Nasihat Wanista, setiap kali bae tersayang nak minta maaf selepas membuat silap, mainkan lagu ini. Katakan padanya “kamu bukan perempuan sembarangan dan IDGAF”!

Hailee Stainfeld – Love Myself

Bait-bait lirik “I love me.. Can’t help myself, no, I don’t need anybody else”, cukup mengajar kita pupuk rasa sayangi diri sendiri.

Ini antara lagu wajib ada dalam playlist penulis. Korang pula? Apa national anthem pilihan?

The post 5 Lagu Tentang #Girlpower Perempuan Patut Dengar appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles