Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Jelitawan Bollywood, Kajol Buka Akaun Facebook

$
0
0
Foto - www.indicine.com

Jelitawan popular Bollywood, Kajol kini dilaporkan mempunyai akaun laman sosial, Facebook rasmi miliknya dengan username Kajol Devgan.

Sebelum ini, walaupun Kajol mempunyai akaun rasmi Twitter dan Instagram, pelakon tersohor itu tidak pernah memiliki sebarang akaun Facebook.

Difahamkan, pelakon berusia 42 tahun itu juga telah melancarkan akaun rasmi miliknya selepas mengadakan lawatan di ibu pejabat Facebook yang terletak di San Francisco pada Jumaat lalu bersama suaminya, Ajay Devgan.

Selama ini, kelab peminat Kajol telah mengambil bahagian secara aktif bagi membuat sebarang hebahan berhubung pelakon tersebut namun kini para peminat akan mendapatkan maklumat dengan lebih mudah melalui akaun Facebook berkenaan.

Kajol telah melakukan kemas kini status pertamanya dengan memuat naik videonya di dalam kereta dipercayai selepas mengadakan pertemuan di ibu pejabat Facebook tersebut.

Sehingga kini, laman Facebook rasmi milik bintang Dilwale tersebut telah menerima lebih daripada 1.3 juta ‘like’.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584