Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584

Anuar Zain Kembali Dengan Album Baru Dan Single Hits Andainya Takdir

$
0
0
Album Anuar Zain. Foto - lazada.com.my

Penantian selama lima tahun berakhir setelah tebaran pesona baharu Anuar Zain dilancarkan pada 19 September baru-baru ini. Buat Anuar Zain, menjalani kerjaya seni adalah dengan menikmati setiap proses yang dilakukan dengan penuh disiplin, teliti dan sabar, sekali gus mampu menghasilkan karya-karya segar dan berkualiti.

Setiap lagu didalam album ini mempunyai keistimewaan dan ceritanya yang tersendiri. Bermula dari proses pemilihan lagu sehingga proses rakaman. Dari segi pemilihan lagu pula, Anuar Zain amat berhati-hati memilih karya yang disumbangkan kepada beliau. Terima kasih kepada semua komposer yang sudi menyumbangkan karya ikhlas mereka. Pihak Anuar Zain Network Sdn Bhd menerima pelbagai karya tidak kira dari sesiapa sahaja.

Lagu ‘Andainya Takdir’ dipilih sebagai single pertama kerana ianya sesuai untuk dijadikan lagu pertama bagi penceritaan pendek yang juga membabitkan beberapa buah buah lagu lain didalam album ini.

Album ini juga masih mengekalkan label Anuar Zain sebagai judul album terkininya, sama seperti album-albuh terdahulu. Tidak mahu meletakkan judul album dengan pemilihan tajuk yang berlainan kecuali menggunakan nama “Anuar Zain” sendiri, beliau menyifatkan setiap karya yang dihasilkan didalam sebuah album itu adalah istimewa.

Foto - berita.mediacorp.sg
Foto – berita.mediacorp.sg

Beliau berharap agar hasil dari album ini dapat menghiburkan dan mendapat tempat di hati peminat, pendengar serta pencinta muzik di luar sana. Mengandungi lapan buah lagu dengan empat daripadanya mendapat sentuhan komposer dari Malaysia manakala empat lagi merupakan sentuhan komposer dari Indonesia. Seperti album yang terdahulu, Anuar Zain bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penerbitan album ini. Beberapa buah lagu didalam album ini turut menggunakan khidmat orkestra dari Prague dan Budapest.

Seiring dengan pelancaran album ini juga, Anuar Zain masih mengekalkan momentum yang sama apabila muzik video Andainya Takdir turut menjadi ‘visual’ buat peminatnya. Menariknya, bukan sahaja menjadi penerbit, tetapi beliau juga turut memberi cetusan idea asal bagi muzik video ‘Andainya Takdir’. Idea asal ini kemudiannya diperhalusi dan direalisasikan dalam bentuk visual sepenuhnya lagi oleh Pengarah Muzik Video, Amor Rizan. Muzik video ini turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Eyra Hazali dan Syafiq M. Nazri.

Foto - Anuar Zain Network
Foto – Anuar Zain Network

Kredibiliti Anuar Zain dalam industri ini serta kejayaan-kejayaan yang telah diraih oleh beliau selema ini telah membuka ruang penajaan daripada pelbagai pihak yang menyokong karier seninya. Antara pihak penaja yang menyokong penerbitan album serta promosi pada kali ini adalah Wonder Glow, Mydin Mohammed Holdings Bhd, Cuisine Inspire Sdn Bhd, Brunsfield Foundation, Renew 360, Le Meridian Hotel Kuala Lumpur, Atlas (in conjuction with BOSE), serta Hot FM dan Kool FM selaku rakan radio bagi Anuar Zain Album Tour 2016.

Anuar Zain masih meniktikberatkan urusan promosi album yang memerlukan beliau untuk memenuhi sesi bertemu peminat. Kolaborasi bersama penaja Mydin selaku penaja lokasi bagi Anuar Zain Album Tour 2016. Beliau juga akan melakukan sesi bertemu peminat serta menghiburkan peminat dengan lagu dari album terbaharu beliau di beberapa lokasi Mydin yang terpilih. Album Tour 2016 itu akan dimulakan di Mydin USJ Subang Jaya pada 9 Oktober 2016 jam 3 petang. Selain itu, pihak Mydin turut menjadi outlet untuk para peminat beliau memperolehi album terbaharu ini, sekali gus mendapatkan edisi istimewa beserta poskad dengan tandatangan Anuar Zain sementara stok masih ada. Album ini boleh didapati di semua outlet Mydin mulai Oktober 2016.

Foto - lazada.com.my
Foto – lazada.com.my

Memanfaatkan kemajuan teknologi dengan sebaiknya, khusunya buat peminat yang berada di luar negara, album Anuar Zain juga akan dijual secara online menerusi laman web terkenal iaitu Lazada (ww.lazada.com). Pre-Order bagi Album Anuar Zain boleh dibuat melalui Lazada mulai 23 September 2016 sehingga 30 September 2016. Bagi 100 pre-order pertama akan menerima CD dengan tandatangan Anuar Zain sendiri.

Sila layari platform medial sosial Facebook dan Instagram Anuar Zain Network bagi mendapatkan berita terkini tentang perjalanan seni Anuar Zain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1584