Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

(Review Filem) Bridget Jones’s Baby : Romantik Dan ‘Gila’!

$
0
0
Foto - arkib Wanista.com

All by myself
Don’t wanna be
All by myself
Anymore

Mungkin yang pernah menonton Bridget Jones Diary’s dan Bridget Jones : The Edge of Reason akan faham kenapa Penulis letakkan lirik lagu All By Myself dari Celine Dion ini. Hehehe

Semalam Penulis berpeluang menonton tayangan perdana Bridget Jones’s Baby, kalau nak tahu Penulis memang peminat tegar filem bersekuel Bridget Jones Diary’s dari tahun 2004 lagi. So, penulis memang lepas rindu pada lakonan Renee Zellweger dan Colin Firth malah terjatuh cinta pula pada watak yang dilakonkan Patrick Dempsey yang muncul untuk filem kali ini.

Apa pula resolusi baru tahun 2016 untuk Bridget ?

Dia masih lagi mengekalkan resolusi menjaga berat badan, mengawal penggunaan alkohol dan merokok tapi untuk berpacaran, yes Bridget masih ‘kalah’ selepas kecewa berpisah dengan Mark Darcy (lakonan Firth). Setelah dihasut oleh rakan sekerja, dia membawa diri berseronok ke festival muzik dan secara tidak sengaja bertemu dengan Jack (lakonan Dempsey). ‘Perkenalan’ satu malam dengan Jack hanya untuk kepuasan diri.

Jack lakonan Patrick Dempsey. Foto - arkib Wanista.com
Jack lakonan Patrick Dempsey. Foto – arkib Wanista.com

Kembali di London, Bridget semakin kerap terserempak dengan Mark dan mereka mula perlahan-lahan menyelami rasa cinta yang suatu ketika dulu pernah terpahat di hati masing-masing.

Mark Darcy lakonan Collin Firth. Foto - arkib Wanista.com
Mark Darcy lakonan Collin Firth. Foto – arkib Wanista.com

Dua malam berbeza bersama Jack dan Mark rupanya telah memberi suatu yang ‘lain’ kepada Bridget. Dia telah disahkan mengandung! Okay, memang suspen sebab Bridget keliru siapa ayah kepada bayi yang dikandungkan? Jack atau Mark?

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Pasti di antara mereka akan kecewa jika mereka bukan ayah kepada bayi tersebut? Siapa yang anda akan pilih untuk menjadi ayah kepada bayi Bridget? Persoalan ini akan bermain difikiran anda sepanjang filem dan menaruh harapan sehingga ke penamat filem. Percayalah!

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Adegan kelakar dan imaginasi tidak masuk akal Bridget masih membuat Penulis ketawa terbahak-bahak. Watak Bridget membawa perasaan dan emosi yang ada pada setiap wanita. Tidak lupa aksi romantik yang membuat penulis menyengih sepanjang masa. Hehehe.

Bridget Jones Baby’s tidak mengecewakan untuk ditonton, perkembangan jalan cerita yang fresh dan watak-watak baharu yang memberi impak dengan kesesuaian untuk tahun 2016. Yang masih lagi mencari filem ‘ringan’ dan sesuai untuk ditonton bersama pasangan, jom ke panggung pada 29 September ini. Serious memang catchy and hilarious kisah Bridget kali ini.

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Penulis nak beritahu, kehidupan Bridget Jones lebih romantik dari kehidupan Penulis. Hahaha.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles