
Keluarga Kardashians sentiasa menjadi perhatian media dunia, tidak cukup dengan kontroversi pembedahan plastik dan gosip-gosip pergaduhan dikalangan keluarga dan rakan-rakan. Soal ketulenan bentuk dan saiz punggung keluarga Kardashians juga menjadi tanda tanya. Apakah ia terbentuk dari senaman ‘squat’ atau untuk hasil lebih cepat dan senang mungkin penambahan implan.
Pada Jumaat lalu, Kylie Jenner ahli keluarga Kardshians paling muda telah menjawab kesemua gosip dan persoalan yang sering didengarinya di internet melalui laman rasmi beliau.
Apabila disentuh mengenai kontroversi ‘punggung implan’, Kylie dengan tenang menerangkan bahawa beliau dahulu seorang yang sangat kurus hanya mempunyai berat 120 pound tetapi kini berat beliau 136.
“Tiada implan punggung,” jelas beliau. “Kamu tahu, berat badan saya dahulu 120 [pound] … saya sangat kurus. Tapi kini, saya menambah berat sehingga 136. Tapi itu okay, saya suka badan yang ‘tembam’ seperti sekarang.”
Ramai yang menganggap Kylie sanggup melakukan implansi semata-mata untuk bersaing dengan kakak-kakaknya dan mengekalkan signature saiz punggung keluarga beliau.
“ Saya tak fikir saya mempunyai punggung yang paling pejal, tapi saya tahu sudut terbaik saya,” terang Kylie.