Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

‘Kebangkitan Seorang Lagenda’: Kisah Hidup Chong Wei Diabadikan Dalam Filem

$
0
0
Abang kepada Datuk Lee Chong Wei, Lee Chong Hoon (dua kiri) bersama Wakil SB Pictures, Michael Leong Siew Ming (dua kanan) pada majlis menandatangani kontrak filem, Menjulang Kejuaraan sambil diperhatikan oleh Penerbit Filem, Josiah Chieng (kiri) dan Pengarah Filem, Teng Bee di Hotel Mandrian Oriental. Foto -NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

Kisah perjalanan hidup pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan diabadikan dalam filem dan bakal menemui penonton pada 2018.

Filem biografi terbitan CB Pictures Sdn. Bhd., akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta dan RM6 juta.

Proses uji bakat untuk barisan pelakon akan diadakan Disember ini, kata produsernya, Josiah Chieng.

Menurutnya, pihaknya masih sedang dalam proses memujuk pemain nombor satu dunia itu supaya turut berlakon dalam filem tersebut.

“Selama tiga tahun, kami memujuk Chong Wei untuk memberikan kita hak untuk kisah hidupnya difilemkan dan akhirnya beliau bersetuju dan memberikan kami hak tersebut,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemain itu dengan syarikat produksi itu di sini, pada Selasa.

Chong Wei, yang kini beraksi pada Siri Super Terbuka Denmark, diwakili abangnya, Lee Chong Hoong.

Chieng berkata genre filem adalah berbentuk motivasi yang akan menjadi inspirasi kepada semua, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Datuk Lee Chong Wei adalah ikon sukan dan wira Malaysia. Ceritanya adalah wajar bagi Malaysia…bukan sahaja perlu ditayangkan dalam negara malah di seluruh dunia,” katanya.

 

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1587

Trending Articles