Quantcast
Channel: Hiburan Archives | Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583

Teman Wanita Baharu Putera Harry Dapat Restu Ratu Elizabeth, Putera Charles

$
0
0
Bukan sahaja berlakon, Meghan Markle juga aktif dalam kerja kebajikan. Foto - TV Guide

Teman wanita baharu Putera Harry, Meghan Markle, mungkin seorang pelakon popular, namun kehidupan serba glamornya di Hollywood bukanlah perkara yang menarik hati Harry.

Sebaliknya, kecintaan wanita berusia 35 tahun itu terhadap kerja kebajikan dan kemanusiaan membuatkan dia istimewa di mata Harry.

Awal minggu ini, nama Markle yang sebelum ini hanya popular di Amerika Syarikat, mula menjadi sebutan apabila majalah US weekly melaporkan dia dan Harry sudah mula keluar bersama sejak Jun lalu.

Bekas pelayan diraja Harry, Grant Harold, kemudiannya mengesahkan berita itu menerusi laporan dalam Daily Mail, yang memetik Harold sebagai berkata “mereka saling mencintai”.

Putera Harry dan Megan Markle dilaporkan bersama sejak Jun lalu. Foto - Vanity Fair
Putera Harry dan Megan Markle dilaporkan bersama sejak Jun lalu. Foto – Vanity Fair

Harold turut memberitahu, buat masa ini, Putera Charles dan Ratu Elizabeth tidak menghalang hubungan kedua-duanya.

Markle yang dikenali sebagai Rachel Zane dalam siri televisyen “Suits”, dilaporkan berkenalan dengan putera bongsu Putera Charles dan mendiang Puteri Diana itu pada Mei lepas.

Media kemudiannya pantas melabelkan pasangan itu sebagai sangat serasi, apatah lagi kerana kedua-duanya aktif dalam aktiviti kebajikan.

Megan Markle aktif dalam bidang kebajikan. Foto - Australia Network News
Megan Markle aktif dalam bidang kebajikan. Foto – Australia Network News
Putera Harry melawat Lesotho pada 2014. Foto - Mirror
Putera Harry melawat Lesotho pada 2014. Foto – Mirror

Markle merupakan duta World Vision Canada, di mana dia merantau ke segenap pelusuk dunia untuk berkempen tentang kepentingan sumber air bersih.

Pemilik laman web gaya hidup yang dinamakan ‘The Tig’ itu juga aktif dengan kempen hak kesaksamaan antara jantina bersama Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Istana Kensington setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang hubungan Harry dan Markle, namun dalam masa yang sama tidak membuat sebarang penafian.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1583